PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH

 

 

YANG BERHORMAT DATO' NIK AZHAN HAKIM BIN NIK MAHMOOD, DSDK
PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH
 
 

Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, dilahirkan pada 7 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Putera Kota Bharu dan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Kota Bharu pada tahun 1986 dan Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra Kota Bharu (SMIP) pada tahun 1988. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons.) pada tahun 1989 di Universiti Malaya. Beliau juga melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) di Universiti Malaya pada tahun 2000.

Bagi melengkapkan kehidupannya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hidupnya iaitu Yang Berbahagia Datin Azyanti binti Azmi pada 18 Ogos 1996 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1994 dan memulakan kerjaya pertamanya dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Majistret di Kota Bharu, Pasir Mas dan Alor Setar, Kedah pada tahun 1994-2001. Di antara jawatan-jawatan yang telah disandang oleh beliau kemudiannya adalah sebagai Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen, Penasihat Undang-Undang di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat di Jabatan Peguam Negara, Pengarah Pendakwaan Unit Pendakwaaan Negeri Sembilan, Penasihat Undang-Undang Kementerian Kesihatan Malaysia dan mulai 3 Mei 2019 sehingga sekarang, beliau menggalas tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.