pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    GENERASI BAHARU FELDA DIHARAP MENJADI PENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI

     

    RABU (06.01.2021) CHANGLUN – Generasi Baharu FELDA di negeri ini dinasihatkan supaya berusaha dan menjadi penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat serta dapat bergerak bersama dengan kerajaan untuk membina komuniti yang lebih baik, maju dan sejahtera.Sebagaimana yang terkandung dalam slogan dasar Kerajaan Negeri iaitu ‘Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua’, warga FELDA juga adalah termasuk dalam komitmen untuk diberi fokus dalam menikmati matlamat kesejahteraan, kemakmuran, keselamatan, keadilan dan beberapa prinsip lain yang menjadi iltizam kerajaan untuk rakyat Kedah.
    Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Laka Selatan di sini, hari ini.Hadir sama Pengerusi FELDA, Dato’ Seri Idris Jusoh; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Pengarah Besar FELDA, Dato’ Amiruddin Abdul Sattar; Pengurus Besar FELDA Wilayah Alor Setar, Izham Ramli dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhammad Arof Darus.Menurut Sanusi generasi-generasi baharu FELDA Laka Selatan terutamanya, juga warga FELDA yang lain amnya adalah sebagai penyumbang penting sumber ekonomi kepada Negeri Kedah dalam bidang pertanian.

    “Terdapat 10 tanah rancangan di Negeri Kedah dengan jumlah 3,185 keluarga peneroka. Ini suatu angka yang agak besar bagi kerajaan dan sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kesemua warga peneroka dari Laka Selatan hingga ke Gunung Bongsu untuk hidup dalam keadaan sebagaimana rakyat Kedah yang lain.“Dalam situasi getir kita dilanda Pandemik Covid-19 yang yang menjejaskan ekonomi, saya maklum bahawa ada banyak inisiatif daripada pihak FELDA untuk membantu warga peneroka,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan terdapat juga Program Pembangunan Peneroka yang berupa Projek Tanaman Cili secara plasma yang melibatkan seramai 85 peneroka di Laka Selatan ini.“Walaupun tambahan pendapatan antara RM150 hingga RM300 sahaja sebagaimana difahamkan sebelum ini, ianya merupakan sesuatu yang perlu kita bersyukur kerana dapat membantu dalam keadaan seperti sekarang.
    “Projek-projek membantu warga peneroka seperti ini, saya harap dapat digiatkan lagi ke seluruh tanah rancangan di negeri ini kerana ianya bukan sahaja dapat membantu menambahkan pendapatan peneroka, malah akan menggiatkan lagi hasil untuk negeri,” ujarnya.Dalam pada itu, Sanusi juga berterima kasih kepada pelbagai agensi lain yang banyak membantu menyempurnakan Projek PGBF ini, terutama AgroBank dan Bank Pembangunan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli.

    “Saya mengalu-alukan setiap langkah FELDA untuk melaksanakan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WBK2030) menerusi 15 aktiviti Pertumbuhan Utama Ekonomi, dalam apa jua bidang, terutama yang melibatkan penggunaan teknologi dalam pertanian atau pertanian pintar.“Selain penanaman cili fertigasi seperti yang saya sebutkan tadi, kaedah-kaedah penanaman berteknologi tinggi yang lain perlu diteroka untuk warga peneroka mendapat pulangan yang lebih tinggi,” tambahnya.

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT