Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

PERUTUSAN SETIAUSAHA

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya jua, saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata di ruangan ini.  

Seiring dengan kemajuan teknologi, pihak Pejabat DUN & MMK Negeri Kedah Darul mengambil inisiatif untuk membangunkan Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha menyalurkan maklumat terkini secara lebih pantas, tepat dan berkesan kepada pengguna.

Melalui portal ini juga, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan [EXCO], Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah [ADUN], perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan semua aktiviti yang berkaitan. Sesungguhnya, teknologi maklumat telah menyebabkan dunia berubah dengan amat pantas dan drastik. Sehubungan itu, kita juga perlu bergerak dan berubah seiring dengan perubahan dan keperluan semasa.

Pada era ini, semua maklumat berada di hujung jari dan internet merupakan medium paling pantas bagi generasi abad ini untuk mendapatkan maklumat. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan yang sedia ada, perhatian dan pandangan daripada pengunjung sekalian amatlah dialukan bagi memantapkan lagi kandungan portal ini.

Sesungguhnya, menjadi harapan saya dan warga DUN &  MMK Kedah agar Portal ini menjadi wadah yang bermanfaat kepada semua pihak yang melayarinya.

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Sekian, terima kasih                                                      

وابيلحي توفيق والهداية

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Mohamad Azlee Bin Ahmad., AMK.,BCK.
Setiausaha
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman.

 

 

VISI & MISI JABATAN

OBJEKTIF JABATAN

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN & UNIT

UNIT PENTADBIRAN / PERKHIDMATAN

  • Merancang dan mengurus segala perkara berkaitan pengurusan sumber manusia pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Mengurus segala maklum balas, pertanyaan dan aduan mengenai pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Mengurus hal ehwal keselamatan pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Mengurus jadual pergerakan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

 

UNIT KEWANGAN

  • Menyediakan bajet tahunan dan memastikan bajet tahunan digunakan dengan sepenuhnya.
  • Mengurus dan memastikan segala pembayaran dan terimaan dibuat mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan.
  • Mengurus dan mentadbir akaun-akaun dibawah kawalan pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Mengurus segala perolehan jabatan yang berkaitan dengan penyelenggaraan mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Menyelia dan memantau kontrak-kontrak jabatan.

 

UNIT PENGURUSAN MMK

   (MINIT MESYUARAT/KERTAS KERJA)

  • Memproses kertas-kertas kerja untuk mendapatkan pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Menguruskan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Memproses cabutan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Memproses permohonan mendapatkan salinan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan

 

UNIT UNIT PENGURUSAN DEWAN / PAC

  • Menguruskan persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • Menguruskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.
  • Menguruskan pelantikan Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Menguruskan pewartaan enakmen yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri.

 

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Membangun dan menyelenggara aplikasi sistem maklumat.
  • Mengurus dan menyelaras pembangunan perkakasan, perisian, sistem aplikasi, dan pangkalan data laman sesawang.
  • Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT, rangkaian internet dan intranet yang menyokong pengoperasian dan kesinambungan perkhidmatan jabatan.
  • Melaksanakan program ICT yang dianjurkan oleh kerajaan seperti kerajaan elektronik dan program lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa

 

UNIT PENGURUSAN ASET & STOR

  • Mengurus dan menyelenggara semua aset dan stor jabatan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
  • Mengurus semua aset alih kerajaan/jabatan dibawah kawalan meliputi:
                        * Penerimaan
                        * Pendaftaran
                        * Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
                        * Penyelenggaraan
                        * Pelupusan
                        * Kehilangan dan Hapuskira
                        * Mengurus pelupusan aset alih kerajaan.
                        * Menguruskan Kehilangan dan Hapuskira.

 

  • Mengurus pelupusan aset alih kerajaan.
  • Menguruskan Kehilangan dan Hapuskira.
  • Menyelaras penyediaan dan penghantaran laporan Aset setiap suku tahun ke Pejabat Kewangan Negeri (Unit Perolehan & Pengurusan Aset) meliputi:
                       * Laporan Harta Modal dan Inventori
                        * Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori
                        * Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan
                       *  Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib

 

  • Unit Pengurusan Aset yang menguruskan aset alih Kerajaan bertanggungjawab untuk menguruskan stor seperti berikut:
                         * Menyelaras Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang diadakan  sekurang-                                            kurangnya   sekali  dalam tempoh tiga bulan;
                         * Mengurus pelupusan stok;
                         * Mengurus kehilangan dan hapuskira stok; Mengurus pelantikan Pemverifikasi Stor

 

MENGENAI PORTAL MMK

Portal Rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Kedah ialah gerbang tunggal kepada pelbagai maklumat serta perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Kedah menerusi internet. Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Kedah adalah unit di bawah seliaan Bahagian Pengurusan yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan perkhidmatan Kerajaan Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang cekap, berkesan, berkualiti dan Mesra IT untuk merealisasikan Kerajaan Elektronik selaras dengan visinya iaitu bermatlamat untuk membentuk masyarakat berbudaya ICT di Negeri Kedah. Sebarang cadangan dan pandangan anda boleh diajukan kepada:

Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan / Dewan Undangan Negeri Kedah

Aras 4, Blok E, Wisma Darul Aman, 05150 Alor Setar,

KEDAH DARUL AMAN

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel : 04-7027000

Fax : 04-7027670

Atau

Layari : http://mmk.kedah.gov.my

CARTA ORGANISASI


 

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT [CIO]

PUAN NOR HAFIZAH BINTI MD. REJAB

PENOLONG SETIAUSAHA
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel : 047027669