pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    ALOR SETAR (06 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri...

    TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH

    TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH

    ALOR SETAR (04 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir, mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Agihan...

    KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

     KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan...

     

     

     

    Tiada tawaran sebut harga buat masa ini.

    HOSPITAL PENDANG DIJADUAL SIAP DISEMBER 2021

    Muhammad Sanusi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah Pendang, hari ini. - NSTP/Amran Hamid

     

     

    PENDANG 08 JULAI - Projek pembinaan Hospital Pendang yang mengalami kelewatan sebelum ini, dijadual siap sepenuhnya pada Disember tahun hadapan.Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata berlaku kelewatan pembinaan hospital berkenaan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kontraktok sudah menyambung kembali kerja berkaitan.Jelasnya, kerja pembinaan sudah mencapai tahap 30 peratus dan kontraktor diminta bekerja keras bagi memastikan pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

    "Tidak berlaku kelewatan luar biasa pada projek pembinaan Hospital Pendang, cuma ia tertangguh sementara ketika PKP sahaja."Jika tidak kerana PKP, projek ini boleh siap hampir separuh dan prestasi kontraktor ketika ini ditakrif sebagai berada pada tahap maksimum," katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Pendang di sini, hari ini.Projek pembinaan Hospital Pendang diumumkan pada 2004, namun mengalami kelewatan berikutan kerja pengambilan tanah dan masalah kontraktor yang dihadapi sebelum ini.Muhammad Sanusi berkata, kerja pengambilan tanah bagi tujuan pembesaran laluan utama ke hospital akan diselesaikan secara berperingkat.

    "Ada masalah jalan masuk kerana memerlukan pengambilan tanah dan ia membabitkan kos agak besar."Kita akan selesaikan masalah ini serentak bersama kerja pembinaan hospital," katanya.Hospital yang dibina di kawasan seluas 17 hektar di Kampung Banggol Pauh di sini, mampu menempatkan 126 katil dan menyelesaikan masalah penduduk yang terpaksa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, bagi mendapat rawatan.

    Sementara itu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan pembinaan masjid baharu Daerah Pendang membabitkan kos RM16 juta akan disegerakan.Katanya, masjid itu akan dibina di pinggir Tasik Pendang dengan reka bentuk moden seakan-akan terapung bagi menjadikannya tarikan baharu pada masa hadapan.

    SUMBER : BERITA HARIAN

     

     

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT