SULTAN KEDAH KURNIA PANGKAT KEMULIAAN KEPADA CHE PUAN NUR JULIE

Print

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

 

ALOR SETAR (27 NOVEMBER 2022) : Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengadakan dan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah kepada Che Puan Nur Julie Ariff.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali berkata Sultan Kedah mengurniakan Pangkat Kemuliaan itu berkuat kuasa semalam.

Tunku Puan Mahkota Kedah dikurniakan gelaran itu selepas pernikahannya dengan Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman, Kuala Lumpur, semalam.

Sumber : Harian Metro