SUK

YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

 

YANG BERHORMAT
DATO' PADUKA AMMAR BIN DATO' SHAIKH MAHMOOD NAIM
DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK.

Yang Berhormat Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim dilahirkan pada tahun 1962 di Alor Setar, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar, Alor Setar dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan Sekolah Menengah Sains Tunku Tuanku Syed Putra, Perlis. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan di California State University Frenso, Amerika Syarikat pada tahun 1980 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan (Perakaunan) (B.Sc Hons) pada tahun 1984. Seterusnya pada tahun 1985 beliau telah meneruskan pengajiannya ke peringkat Sarjana di University of Sans Francisco, Amerika Syarikat dan berjaya dianugerahkan Ijaah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) pada tahun 1986.

Yang Berhormat Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim telah bertemu jodoh dengan Yang Berbahagia Datin Paduka Hariyanti binti Amit dan perkahwinan mereka telah dilangsungkan pada tahun 1995. Hasil daripada perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata dua lelaki dan dua perempuan.

FUNGSI PEJABAT YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

Peranan Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai nadi penggerak dasar-dasar pembangunan sosio ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri semakin mencabar dari semasa ke semasa. Sejajar dengan perkembangan sektor perkhidmatan awam diperingkat persekutuan dan juga didunia, PSUK turut berhadapan dengan cabaran-cabaran baru dan ekspektasi yang tinggi dari stakeholders dan pelanggan.

NILAI TERAS

Integriti
Disiplin
Komitmen
Intelektual
Taat Setia
Kualiti
Inovasi
Semangat Berpasukan

PUNCA KUASA / STAKEHOLDER DAN PERANAN

PUNCA KUASA

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
  • Akta Prosedur Kewangan, 1957
  • Perintah-perintah AM
  • Enakmen Kerajaan Negeri
  • Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Pekeliling-pekeliling Kerajaan Negeri Dan Persekutuan
  • Peraturan-peraturan Penjawat Awam Negeri Kedah (Kelakuan Dan Tatatertib)
  • Akta Pencen 1980
  • Lain-lain Akta Dan Enakmen Yang Berkaitan

 

STAKEHOLDER

  • KDYMM Tuanku Sultan & KDYMM Tuanku Sultanah
  • YAB Menteri Besar
  • YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • YB Setiausaha Kerajaan Negeri

 

PERANAN

  • Melaksanakan agenda transformasi negeri berteraskan kepada dasar-dasar makro dan sektoral sejajar dengan visi serta misi negeri dan Negara.
  • Menyelaras pembuatan keputusan kerajaan negeri dan persekutuan berasaskan kepada dasar atau polisi negeri dan persekutuan bagi memastikan pelaksanaan ke atas keputusan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
  • Menyelaras perhubungan dua pihak berkepentingan iaitu stakeholders dan pelangggan dalam memastikan kerajaan dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi kemakmuran rakyat.
  • Memastikan kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah melalui pemantapan pembangunan modal insan serta pembudayaan ICT.
  • Memantau dan mengawal selia pembangunan pentadbiran daerah, tanah dan kerajaan tempatan meliputi 12 daerah di Negeri Kedah Darul Aman

TERAS STRATEGIK

  • Memantapkan Program Transformasi Ekonomi Bagi Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat.
  • Memperkasakan Transformasi Sosial Ke Arah Keharmonian Dan Kemakmuran Rakyat.
  • Memperkukuhkan Sistem Perancangan Dan Pembangunan Perbandaran Bagi Memacu Daya Saing Negeri.
  • Memantapkan Sistem Tadbir Urus Dan Pembudayaan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan.
  • Memperkukuhkan Kapasiti Dan Pembudayaan Kerja Berprestasi Tinggi Ke Arah Kecemerlangan Organisasi.

VISI / MISI & MOTO

 VISI

Menjadi sebuah perkhidmatan awam yang terbaik, cemerlang dan berinspirasi ke arah memakmurkan Negeri Kedah menjelang 2023.

MISI

Menggerakkan agenda transformasi melalui pentadbiran yang inovaif dan produktif demi kemakmuran rakyat.

MOTO

Merakyatkan perkhidmatan, memakmurkan negeri.

CARTA ORGANISASI SUK

WARGAKERJA SUK

Direktori Kakitangan

LOKASI KAMI

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman, 05503
Alor Setar,Kedah Darul Aman, Malaysia
 
gps   //www.google.com/maps/@6.14606,100.3699438,17z" target="_blank" rel="noopener" style="color: rgb(77, 2, 2); text-decoration: none; outline: none !important;">6.14606,100.3699438

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN SUK