pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    58 CALON STPM KEDAH PEROLEH PNGK 4.00

     

    ALOR SETAR (18 OGOS 2022) : Seramai 58 orang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 di Kedah.

    Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Rozaini Ahmad, jumlah tersebut meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding 57 orang calon pada tahun 2020.

    “Prestasi calon peperiksaan STPM 2021 Negeri Kedah pula mendapat lulus penuh ialah 98.92 peratus iaitu mengatasi peratus lulus penuh kebangsaan malah sebanyak 40 buah sekolah telah berjaya mencapai 100 peratus lulus penuh.

    “Sebanyak 13 buah pusat peperiksaan di Kedah juga mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh GPS 3.0 ke atas.

    “Secara keseluruhannya, kita amat berbangga dengan pencapaian Negeri Kedah yang telah berjaya dari segi nilai Gred Purata Negerinya mengatasi Gred Purata Kebangsaan serta berlaku peningkatan pencapaian bagi beberapa KPI lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

    Rozaini berkata, bilangan calon yang mendaftar bagi Kedah menduduki peperiksaan STPM 2021 adalah seramai 2,710 berbanding 3,201 yang mendaftar pada 2020.

    Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 2,596 telah hadir menduduki peperiksaan STPM 2021 dan 2,591 daripadanya adalah calon sekolah kerajaan.

    “Bagi pelajar yang masih belum menunjukkan kejayaan memberangsangkan diharap tidak berputus asa. Cuba lagi dan lakukan yang terbaik dalam peperiksaan STPM akan datang,” ujarnya.

    Sumber : Sinar Harian

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT