English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png

Pegawai Kewangan Negeri

 

 YANG BERHORMAT TUAN HAJI ISAHAK BIN MURAT
SDK., AMK., BCK.

PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN 

 

Yang Berhormat Tuan Haji Isahak bin Murat, dilahirkan pada 26 September 1963, di Kuala Ketil, Daerah Baling. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil pada tahun 1970 sehinga 1975 dan Sekolah Menengah Baling pada tahun 1976 hingga 1982. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) di Universiti Malaya pada tahun 1983 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada tahun 1998 daripada Concordia Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.

Bagi melengkapkan kehidupannya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hidupnya iaitu Yang Berbahagia Puan Hajah Nor Afza Binti Osman pada 30 Julai 1987 dan telah dikurniakan empat orang putera.

Yang Berhormat Tuan Haji Isahak bin Murat telah memulakan kerjayanya sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada tahun 1987 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan negeri. Di antara jawatan-jawatan yang telah disandang oleh beliau adalah Penolong Pegawai Daerah Baling. Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Pegawai Daerah Langkawi dan jawatan terakhir disandang ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

 

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.