pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    PEMBUKAAN SIDANG DUN KEDAH KE-15 BERJALAN LANCAR

    ALOR SETAR (25 SEPTEMBER 2023): Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-15 yang diadakan di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata hari ini telah selesai majlis mengangkat sumpah sebagai ahli dewan oleh setiap Ahli-ahli DUN seramai 36 orang.

    “Yang Dipertua Pas Langkawi, Zubir Ahmad dipilih sebagai Speaker DUN Kedah yang Ke-15 memandangkan beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam politik tanah air dan tiada masalah bagi menggalas tugas sebagai Speaker DUN Ke-15.

    “ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dilantik sebagai Timbalan Speaker juga merupakan ‘orang lama’ dalam bidang politik dan saya berharap selepas ini bahawa persidangan akan berjalan secara harmoni dan efisien,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas berakhirnya Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

    Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata dewan masih belum menerima nama ketua pembangkang dan ianya akan diumumkan pada persidangan akan datang yang dijangka pada November 2023 ketika pembentangan bajet nanti.

    “Saya berharap ADUN pembangkang dan ADUN kerajaan yang bukan EXCO dapat memainkan peranan masing-masing, berbahas apa sahaja untuk menyuarakan pandangan berkenaan dasar-dasar Kerajaan Negeri tanpa sebarang sekatan dan halangan,” ujarnya.

    Sumber : Facebook – Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT