YB. SPEAKER NEGERI KEDAH

YANG BERHORMAT ENCIK ZUBIR BIN AHMAD

SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH

 

Yang Berhormat Encik Zubir bin Ahmad, dilahirkan pada 24 Februari 1963 di Pulau Lagenda, Langkawi.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka Langkawi dan seterusnya ke Sekolah Menengah Tunku Putra, Padang Maksirat Langkawi.

Beliau meneruskan pengajian ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Batu Caves, Selangor dalam bidang Tassaur Islam.

Yang Behormat mendirikan rumahtangga bersama Puan Faridah Binti Abu Bakar pada 19 Oktober 1991 dan dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Mulai 3 September 2023 sehingga sekarang, beliau menggalas tugas sebagai Speaker Dewan Undangan  Negeri Kedah.

Pendidikan

1970-1975

Sek Keb Ulu Melaka, Langkawi

1976-1981

Sek Men Tunku Putera, Padang Maksirat, Langkawi

2021-2022

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Batu Caves, selangor

Pengalaman

Yang Berhormat Encik Zubir bin Ahmad mula menceburi bidang politik pada 31 Disember 1998 ketika berusia 35 tahun. Beliau pernah meyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda pada tahun 2000. Memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi dari 2004 hingga sekarang. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ahli Majlis selama 10 tahun dan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNK Hotel (2008-2013), Ahli Lembaga Pengarah PKB Hotel (2018-2022), Ahli Lembaga Pengarah Cable Car Panorama Langkawi (2018-2022).