Mengenai

Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merupakan satu jabatan yang penting dalam struktur pentadbiran dan sistem pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman. Jabatan ini memainkan peranan yang amat signifikan dalam memastikan kelangsungan tadbir urus negeri secara tersusun, berperlembagaan, dan berlandaskan prinsip demokrasi berparlimen.

Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan badan legislatif tertinggi di peringkat negeri yang menjadi platform utama bagi wakil-wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membahaskan isu-isu rakyat, menggubal undang-undang negeri, serta meluluskan bajet tahunan kerajaan negeri. Pejabat ini berperanan sebagai urus setia rasmi dalam mengurus perjalanan persidangan dewan, menyediakan kemudahan kepada ADUN, dan memastikan setiap prosiding dewan direkod secara rasmi melalui Laporan Penyata Rasmi (Hansard). Selain itu, pejabat ini turut bertanggungjawab memastikan semua prosedur dan tatacara
mesyuarat dilaksanakan secara teratur selaras dengan PeraturanPeraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Sudut Berita

BUDAYA MEMBACA MEMPERKUKUH ILMU DALAM KALANGAN MASYARAKAT

ALOR SETAR (23.04.2026) – Bangsa dibina oleh bahasa yang luhur, oleh sastera yang menghidupkan jiwa, dan oleh seni yang memanusiakan manusia. Menerusi tiga asas membaca, menulis dan bertutur, terbina keseluruhan arkitektur pemikiran manusia seperti sastera dan seni. ‎Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah

Read More »

5,000 MASYARAKAT SIAM MERAIKAN PERAYAAN PESTA SONGKRAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

PEDU (18.04.2026) – Kira-kira 5,000 masyarakat Siam memeriahkan Perayaan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 di Wat Phikulthararam, Kampung Tanjung, Pedu. Bagi masyarakat Siam, Songkran bukan sekadar pesta air, tetapi ia merupakan Sambutan Tahun Baru Tradisional yang melambangkan permulaan baru, kegembiraan dan penyucian jiwa. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat

Read More »