PERLANCONGAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia. Pelancong dari dalam dan luar negeri datang ke sini dengan tujuan untuk menikmati keindahan alam yang sunyi dari hiruk pikuk kota serta untuk menikmati permandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini. Pelancong berpeluang melihat permandangan hutan hujan tua dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini. Pelancong boleh melihat permandangan sungai yang mengalir deras ini serta jenis-jenis tumbuhan serta kehidupan liar yang sungguh menawan. Kesemuanya dari ketinggian 50m.
Tips
Pakai sandal atau sepatu yang sesuai untuk berjalan jauh dan membawa air minum yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana perlu merentas hutan melewati sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, setelah anda menaiki titian ini, anda tidak akan berjumpa tempat untuk membeli makanan atau minuman lagi.
Transportasi
Dari Kuala Lumpur, gunakan jalan raya Utara-Selatan (NSE) dan ambil jalur keluar di Seberang Jaya, menuju ke jalan raya Butterworth-Kulim (NKE) dan sopiri terus menuju ke Mahang.
Pusat Informasi
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari web berikut http://www.treetopwalk.com.my/index.html . Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pejabat Taurism MAlaysia Kedah di nombor +604-7312322 / 7301322 atau Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di nombor +604-9222078.
Penginapan
Tempat penginapan terdekat di sini terdapat di Kulim kira-kira 30km dari lokasi. Hotel ini bertaraf 2 bintang.
Chalet Terapung Segantang Garam merupakan tempat menarik di Kedah. Untuk sampai ke destinasi ini, anda boleh memilih dua cara iaitu perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling. Jadi anda boleh memilih perjalanan mengikut keselesaan dan kemampuan.
Terdapat tujuh chalet yang diapungkan atas Sungai Merbok. Dua daripada chalet ini menawarkan bilik tidur berhawa dingin, sementara satu lagi merupakan calet jenis VIP dilengkapi perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai. Dan dua chalet berkembar tanpa pendingin hawa serta empat buah bilik penginapan berasingan juga tersedia.
Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.
Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.
Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Setar. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah. Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangab teknologi padi.
Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1, dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga di pamerkan di aras ini. Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di Galeri ini Kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menonton dokumentasi mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari. Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar. Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atau buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju”T”, alat tulis dan kraftangan.
Di sarankan juga agar anda mencuba makanan tradisional seperti sagon, karas adan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makanan ini dihasilakn oleh anak-anak negeri Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan. Muzium Padi sememangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertanian yang semakin pupus.
Di Kedah terdapat sebuah tasik buatan manusia iaitu Tasik Beris. Tasik ini terbentuk hasil daripada pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Lokasi tasik ini adalah di kawasan daerah Sik, Kedah. Ianya telah menjadi tempat menarik di Sik Kedah. Mempunyai keluasan tadahan air sebanyak 116 km persegi dan tasik ini siap sepenuhnya pada tahun 2004. Tasik ini dibina dengan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Fungsi tasik beris adalah untuk membekalkan air di sekitar Kedah dan Pulau Pinang dan mengawal keadaan banjir yang berlaku. Kini tasik ini telah menjadi tumpuan pengunjung dengan pembaharuan dan aktiviti-aktiviti yang terdapat di tasik ini.
Pembangunan yang dilakukan telah membawa tasik beris kepada pusat pelancongan air. Terdapat beberapa buah chalet yang dibina dengan kadar yang berpatutan. Keadaan di sekeliling kawasan tasik ini juga sangat cantik dan dapat memikat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini.Terdapat juga ladang anggur seluas 34 ekar yang boleh dilawati.
Hutan Lipur Titi Hayun merupakan kawasan air terjun yang menjadi lokasi perkelahan dan tempat mandi manda. Air Terjun Titi Hayun merupakan air terjun sangat popular di daerah ini. Terdapat sebuah air terjun yang sangat cantik di Gunung Jerai iaitu Air Terjun Putri Mandi. Ianya merupakan tempat menarik di Yan Kedah. Bagi penggemar air terjun, jika Titi Hayun tidak memuaskan hati anda, anda boleh pergi ke Air Terjun Putri Mandi. Walau bagaimanapun untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu mendaki sejauh 3KM dan mengambil masa anggaran 40 minit mengikut laluan yang bermula di Titi Hayun. Trek ini sangat mencabar dan sangat sesuai bagi pengemar aktiviti lasak.
Muzium yang terletak di Merbok dalam daerah Kuala Muda ini banyak menyimpan khazanah dengan ketamadunan awal agama Hindu yang menapak di Negeri Kedah iaitu pada kurun ke-5 Masihi lagi. Berbagai-bagai jenis artifak serta candi-candi yang berkaitan dapat di lihat di sini. Muzium tersebut merupakan sebuah lagi mercu tanda yang mempunyai nilai daripada aspek sejarah.
Pantai Murni Di Kedah Tempat Menarik Yang Sangat Cantik Untuk Tenangkan Minda ini ialah antara kawasan pantai yang sangat terkenal di Malaysia. Namun begitu ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tidak pernah datang ke Pantai Murni di Kedah ini. Maka jangan ketinggalan jika anda melancong ke negeri ini maka pihak admin sangat mencadangkan anda untuk dapat berkunjung kesini bagi melihat atau merasai sendiri pengalaman berbeza di Pantai Murni di Kedah.
Send an email and you will receive our newsletters.
© 2025 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.