PENGENALAN
LATAR BELAKANG PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Sejarah pembentukan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bermula sejak 101 tahun yang lalu apabila Pengisytiharan Diraja Penubuhan Majlis Negeri (State Council) diluluskan pada 10 Jamadilawal 1322 bersamaan 23 Julai 1905 bertampat di Balai Besar Negeri, Alor Star. Pada 1 Jamadilakhir 1322 bersamaan 3 Ogos 1905, Majlis Negeri mula bersidang. Kelahirannya adalah seiring dengan penubuhan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Oktober 1905). Che Mohd. Arifin bin Mohd. Arshad adalah merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang pertama (1905 – 1922) dan beliau juga bertindak sebagai Setiausaha Sultan sebelum itu.
Bagindan Sultan Abdul Hamid telah melantik adindanya Tunku Abdul Aziz selaku Presiden Majlis Negeri yang pertama. Ahli-ahli lainnya ialah Mohd. Arifin bin Mohd. Arshad, Syed Abdullah Al-Mahdali (Pegawai Perbendaharaan), Haji Muhammad (Hakim Besar), W.J.F. Williamson ( Penasihat Kewangan) dan Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah selaku Setiausaha Presiden Majlis Negeri. Setelah berlakunya peralihan naungan daripada Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris (1909), kedudukan Ahli-Ahli Majlis Negeri semakin bertambah bilangannya dengan bertambahnya jabatan-jabatan penting. Ahli Majlis Negeri dalam tahun 1912 ialah Tunku Mahmud (Presiden), Tunku Ibrahim, Syed Hassan Shahabuddin (Hakim Besar), W.G. Maxwell (Penasihat Inggeris), Mohd. Arifin bin Mohd. Arshad (Setiausaha Kerajaan), Che Mohd Sherif bin Osman (Setiausaha Majlis Negeri) dan G.Gorman (Jurutera).
Sehingga tahun 1942, peranan Presiden Majlis Negeri dianggap penting kerana tokoh yang dilantik ke jawatan ini banyak mencorakkan kerubahan politik, pentadbiran, sosial dan agama di Negeri Kedah. Tokoh-tokoh yang pernah menyandang jawatan ini ialah:-
Tunku Abdul Aziz Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah 1905 – 1907Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah 1907 - 1914Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1934 – 1937Tunku Mahmud Ibni Sultan Abdul Halim Shah 1937 – 1942
SEJARAH
Sejarah Ringkas Perkembangan Kerajaan dan Pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman.
Pada akhir abad ke-19, sewaktu masih berada di bawah naungan Kerajaan Siam lagi, Kedah sudah pun memperkenalkan dan memperkembangkan sistem pentadbiran yang tersendiri lagi moden. Bermula dengan pemerintahan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1853-1879), Kedah memasuki era pembangunan dan pemodenan.
Keadaan ini berterusan sehinggalah berlakunya peralihan kuasa naungan terhadap Kedah daripada Siam kepada British pada 15 Julai 1909. Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) di awal pemerintahannya telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negeri seperti Thailand, India, Burma dan Eropah bertujuan untuk meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan baginda dalam membangunkan negeri. Usaha-usaha yang dirintis oleh ayahanda baginda sebelumnya dipesatkan lagi sehingga kejayaannya di bidang pentadbiran menyebabkan baginda pernah digelar "Bapa Kedah Moden".
Dalam menjayakan pembangunan negeri, baginda dibantu oleh para pemimpin yang berkebolehan termasuk keluarganya sendiri seperti Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), Tunku Mahmud, Tunku Ibrahim dan Wan Muhammad Saman. Sejak tahun 1870 lagi iaitu pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Wan Muhammad Saman dilantik sebagai Perdana Menteri. Sejarawan Dato Prof. Khoo Kay Kim pernah menegaskan bahawa "Kedah dapat mengembangkan sistem politik yang lebih tersusun daripada negeri-negeri Melayu Barat (Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) sebelum campur tangan Inggeris kerana Kedah sudahpun mempunyai pegawai-pegawai berpengalaman dan dapat memainkan peranan yang berkesan dalam sistem pentadbiran. Kerana itu juga Kedah tidak perlu bergantung kepada begitu ramai Pegawai Inggeris sebagaimana Perak dan Selangor".
Pengasasan Dan Perkembangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tarikh sebenar bilakah istilah "Setiausaha Kerajaan" mula digunakan di Kedah tidaklah dapat dipastikan dengan tepat. Bagaimanapun tokoh pentadbir Che Mohd Ariffin bin Mohd Arshad sudah menggunakan gelaran atau jawatan itu sejak 3 Syawal 1323 (3 Oktober 1905). Begitu juga dalam surat menyurat rasminya seperti surat bertarikh 17 Zulhijjah 1323 (12 Februari 1906) terdapat tajuk bertulis begini:
"Surat Che Mohd Ariffin Secretary Pada Che Awang Osman di Pulau Pinang Fasal Beli Marble Yang Hendak Dipakai Di Rumah Duli Yang Maha Mulia".
Dalam masa yang sama, Che Mohd Ariffin juga menulis jawatannya sebagai "Setiausaha Sultan". Hal ini sering dapat dilihat dalam catatan Mesyuarat Majlis Negeri yang menyenaraikan kehadiran ahli-ahli Majlis itu pada setiap kali mesyuarat diadakan, nama beliau ditulis begini: "Secretary Duli Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia". Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa di samping mamakai gelaran jawatan sebagai "Setiausaha Kerajaan", Che Mohd Ariffin juga bertindak selaku "Setiausaha Sultan".
Dalam susunan pentadbiran Negeri Kedah sejak sebelum Perang Dunia Kedua, di puncak struktur kuasa ialah Sultan. Setiausaha Kerajaan merupakan Pegawai Tadbir Melayu yang paling tinggi. Sebelum tahun 1921, perkhidmatan "Kedah Civil Service" (KCS) belum diwujudkan dan pegawai tadbir dikenali sebagai Pegawai Tadbir Melayu (Malay Civil Service). Ketua pentadbir dikenali sebagai "Kepala Pekerjaan" atau "Ketuha (Ketua) Pekerjaan". Merujuk kepada Laporan Tahunan 1937, terdapat seramai enam puluh satu orang menyandang jawatan "Kedah Civil Service" dan dua puluh orang kadet.
Pejabat Setiausaha Kerajaan yang pertama dikatakan bermula di Balai Besar seperti juga dengan Pejabat Majlis Negeri. Kemudian dalam tahun 1911 ianya dipindahkan ke bangunan setingkat yang dibina daripada kayu terletak di kawasan Kompleks Istana Kota Tengah bersebelahan dengan Wisma Negeri sekarang. Di samping "Secretariat", nama lain bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan lazimnya dikenali umum dengan panggilan "Opis Dalam". Penggunaan nama tersebut bukanlah kerana pejabat ini terletak dalam kawasan kota atau istana tetapi dirujuk kepada peranan dan fungsinya yang mengendalikan urusan-urusan dalam negeri.
Dalam tahun 1348 Hijrah (1929), barulah pejabat ini berpindah ke bangunan rumah batu dua tingkat yang masih ada lagi sekarang. Bangunan ini terletak berhampiran dengan bangunan kayu asal yang dirobohkan sesudah itu. Ketika Jepun menduduki Kedah (Disember 1941), sistem pentadbiran Tentera diperkenalkan diketuai oleh Mejar Jeneral Sukigawa Seiji selaku Gabenor dan K. Shiba sebagai penasihatnya. Mereka menjadikan bangunan Setiausaha Kerajaan sebagai ibu pejabat mereka.
Pada 18 Oktober 1943, majlis penyerahan kuasa secara rasmi ke atas negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu daripada Jepun kepada Thai telah berlangsung di Alor Star. Gabenor Jeneral Thai yang bertanggungjawab bagi keempat-empat buah negeri itu ialah Khun Rongchart sementara Gabenor Kedah ialah Khun Pramot Chongcharem. Kedua-dua mereka menggunakan Bangunan Setiausaha Kerajaan sebagai ibu pejabat mereka sehinggalah pentadbiran Thai di Kedah berakhir pada bulan September 1945. Haji Mohd Sheriff Osman dikekalkan menjadi Setiausaha Kerajaan sementara Gabenor Thai itu bertindak sebagai penasihat kepadanya.
FUNGSI UTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI
- Bertindak sebagai urusetia kepada Persidangan Dewan dan menyelia Persidangan Dewan agar berjalan dengan lancar dan tidak terganggu.
- Menjadi urusetia dalam perlantikan Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan(EXCO), Speaker dan Ahli Yang Behormat Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar berjalan dengan baik dan tidak terganggu dengan perkara yang tidak diingini.
- Memastikan segala dokumen-dokumen, kertas-kertas dewan dan rang undang-undang yang akan dibentangkan dalam persidangan dewan dapat diterima oleh Ahli Yang Behormat dalam masa yang telah ditetapkan.
- Memastikan rang undang-undang dapat diwartakan dalam masa yang ditetapkan supaya rang undang-undang tersebut dapat digunakan oleh jabatan yang berkenaan secepat mungkin.
- Memastikan penyata rasmi dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan dan dihantar kepada yang behormat ADUN dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.
- Memastikan jawatankuasa kira-kira wang (PAC) berperanan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh Dewan Negeri.
- Memastikan tempat rakaman audio dan tempat duduk pemerhati berada dalam keadaan baik dan alat rakaman dapat berfungsi mengikut seperti apa yang dikehendaki.
KDYMM SULTAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
DK., DKH., DUK., DK. (Kelantan), DMK., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,
PEJABAT DEWAN
ALAMAT
SETIAUSAHA
MOHAMAD AZLEE BIN AHMAD.,AMK., BCK.
SETIAUSAHA MASJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH
ARAS 4, BLOK E, WISMA DARUL AMAN,
05503 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
TEL : 047027668
FAX : 047027670
|
PENOLONG SETIAUSAHA
![]() |
PUAN NOR HAFIZAH BINTI MD. REJAB PENOLONG SETIAUSAHA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH
ARAS 4, BLOK E, WISMA DARUL AMAN,
05503 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
TEL : 047027669 FAX : 047027670 |
KETUA DEWAN
![]() |
ENCIK ZAIDI BIN AHMAD Setiausaha Pejabat (N30)(KUP) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Ext : 7672 |
PENCATAT MINIT
.
![]() |
PUAN NOR AMIRA BINTI GHAZALI Setiausaha Pejabat (N29)(KUP) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Ext : 7676 |
![]() |
PUAN SITI ROHANI BINTI MD.ISA Pembantu Tadbir P/O (N19) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Ext : 7684 |
N.01 - AYER HANGAT
![]() |
YB. SHAMSILAH BINTI SIRU PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT
DUN AYER HANGAT
NO.10, KEDAI KG YOOI,
JALAN PADANG MATSIRAT
07100 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
|
N.02 - KUAH
![]() |
YB. AMAR PARED BIN MAHAMUD PUSAT KHIDMAT KOMUNITI DUN KUAH
NO.8 ARAS BAWAH TAMAN SERI LANGKAWI
MUKIM KUAH, 07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
|
N0.3 - KOTA SIPUTEH
![]() |
YB. MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR PUSAT KHIDMAT DUN KOTA SIPUTEH
495C RUMAH KEDAI JALAN KODIANG,
PADANG SERA, 06100 KODIANG
KEDAH DARUL AMAN
|
N.04 - AYER HITAM
![]() |
YB. ENCIK AZHAR BIN IBRAHIM PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT AYER HITAM.
PIDA 5 JERLUN, 06150 AYER HITAM,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.05 - BUKIT KAYU HITAM
![]() |
YB. DATO' HAJJAH HALIMATON SHAADIAH BINTI SAAD., DSSS., SSS., BKM. PUSAT KHIDMAT ADUN BUKIT KAYU HITAM
LOT D1 & D2 PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) PEKAN NAPOH,
06010 CHANGLOON,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.06 - JITRA
![]() |
YB. DR. HAIM HILMAN BIN ABDULLAH PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYATDEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.06 JITRA
NO.1, TAMAN PASU
06000, JITRA
KEDAH DARUL AMAN
|
N.07 - KUALA NERANG
![]() |
YB. TUAN HAJI MOHAMAD YUSOFF BIN ZAKARIA PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN KUALA NERANG
NO.38, JALAN SEMELIANG, PEKAN BARU,
06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.08 - PEDU
![]() |
YB. ENCIK MOHD RADZI BIN MD AMIN PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PEDU
HADAPAN SEK MEN KEB NAKA
06350 NAKA, ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.09 - BUKIT LADA
![]() |
YB. USTAZ SALIM BIN MAHMOOD PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT ADUN BUKIT LADA
7A KAMPUNG PAYA, MUKIM BUKIT LADA,
06400 POKOK SENA,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.10 - BUKIT PINANG
![]() |
YB. DATO’ ROMANI BIN WAN SALIN., DSSS PEJABAT MAJLIS TINDAKAN DUN BUKIT PINANG,
PEKAN LANGGAR, 06500 LANGGAR,
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
|
N.11 - DERGA
![]() |
YB. MUHAMAD AMRI BIN WAHAB PUSAT KHIDMAT DUN DERGA
LOT 3178-C, KG KUBANG BUAYA
JALAN DATUK KUMBAR
MUKIM DERGA
05300 AOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.12 - SUKA MENANTI
![]() |
YB. DZOWAHIR BIN AB GHANI NO. 285, JALAN SHAHAB 1, SHAHAB PERDANA,
05150 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
|
N.13 - KOTA DARULAMAN
![]() |
YB. ENCIK TEH SWEE LEONG PUSAT KOMUNITI KOTA DARUL AMAN.
NO.109, TINGKAT 1, PEKAN SIMPANG KUALA,
05400 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.14 - ALOR MENGKUDU
![]() |
YB. MUHAMAD RADHI BIN MAT DIN PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT
DUN ALOR MENGKUDU
KM 12.5 JALAN DATUK KUMBAR,
06500 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
|
N.15 - ANAK BUKIT
![]() |
YB. RASHIDI BIN RAZAK
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT (PKWR DUN ANAK BUKIT)
BANGUNAN MPD, KM.8 KG.ALOR PIAL
MUKIM GUNUNG, 05400 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
|
N.16 - KUBANG ROTAN
![]() |
YB. MOHD SALLEH BIN SAIDIN NO. 1 TKT 1 KOMPLEKS PERNIAGAAN DELTAT,
JALAN KUBANG ROTAN, 06250 KUALA SUNGAI,
ALOR SETAR KEDAH
|
N.17 - PENGKALAN KUNDOR
![]() |
YB. MARDHIYYAH BINTI JOHARI PUSAT KHIDMAT DUN PENGKALAN KUNDOR
NO. B-11, TINGKAT 1, TAMAN SIMPANG PERDANA
06650 SIMPANG EMPAT
KEDAH DARUL AMAN
|
N.18 - TOKAI
![]() |
YB. DATO' DR. MOHD HAYATI BIN OTHMAN., DSDK., AMK PEJABAT PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT.
KM.4 GAJAH MATI,
06700 PENDANG,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.19 - SUNGAI TIANG
![]() |
YB. ABDUL RAZAK BIN KHAMIS PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN N.19 SUNGAI TIANG
LORONG 15, FELDA SUNGAI TIANG,
06750, PENDANG
KEDAH DARUL AMAN
|
N.20 - SUNGAI LIMAU
![]() |
YB. USTAZ MOHD AZAM BIN ABD. SAMAT PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT SG. LIMAU
NO.18 BATU 15 PADANG LUMAT
08800 GUAR CHEMPEDAK
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.21 - GUAR CHEMPEDAK
![]() |
YB. ABDUL GHAFAR BIN SAAD
PUSAT KHIDMAT GUAR CHEMPEDAK
NO .35 TINGKAT ATAS, KOMPLEKS PERNIAGAAN GUAR CHEMPEDAK UTAMA,
08800, GUAR CHEMPEDAK
KEDAH DARUL AMAN
|
N.22 - GURUN
![]() |
YB. BADDROL BIN BAKHTIAR PEJABAT JPRD GURUN,
BATU 3 JALAN RAYA,
GURUN JENIANG,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.23 - BELANTEK
![]() |
YB. AHMAD BIN SULAIMAN PUSAT DUN BELANTEK
DEPAN BANGUNAN INAS
PEKAN SIK, 08200 SIK
KEDAH DARUL AMAN
|
N.24 - JENERI
![]() |
YAB. DATO' SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR., SPMK., AMK PUSAT KHIDMAT ADUN JENERI,
MARKAZ PAS KAWASAN SIK,
KG. SG. PAU, 08700 JENIANG,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.25 - BUKIT SELAMBAU
![]() |
YB. AZIZAN BIN HAMZAH PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN BUKIT SELAMBAU
NO. 318, TINGKAT 1, JALAN MELUR1/3,
BISSTAR 4,AMBANGAN HEIGHT,
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
|
N.26 - TANJUNG DAWAI
![]() |
YB. USTAZ HAJI HANIF BIN GHAZALI PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN TANJUNG DAWAI,
PUSAT TARBIYAH ISLAMIYAH PAS MERBOK (PUTIM)
08400 MERBOK,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.27 - PANTAI MERDEKA
![]() |
YB. SHARIR BIN LONG PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN PANTAI MERDEKA NO 111, JALAN BUTTERWORTH, TIKAM BATU, 08600 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
|
N.28 - BAKAR ARANG
YB. ADAM LOH PUSAT KHIDMAT DUN BAKAR ARANG NO 32, TINGKAT 1, JALAN MAWAR 2, TAMAN PEKAN BARU, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
|
N.29 - SIDAM
![]() |
YB. BAU WONG A/L BAU EK
|
N.30 - BAYU
![]() |
YB. MOHD TAUFIK BIN YAACOB PUSAT KHIDMAT DUN BAYU
G-9 PEKAN BARU BALING
09100 BALING,
KEDAH RAUL AMAN
|
N.31 - KUPANG
![]() |
YB. BRIGEDIER. JENERAL (B) DATO' HAJI NAJMI BIN HAJI AHMAD, DSDK., DAT., JSM., KAT., KMN PUSAT KHIDMAT ADUN KUPANG,
NO.103 JALAN MESRA 5,
TAMAN MESRA, 92000 KUPANG,
KEDAH DARUL AMAN
|
N.32 - KUALA KETIL
![]() |
YB. MEJAR (B) MANSOR BIN ZAKARIA PUSAT TARBIAH ISLAM KUALA KETIL (PUTIK Kuala Ketil)
KG. BUKIT PAK KUNING,
09300 KUALA KETIL,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.33 - MERBAU PULAS
![]() |
YB. DATO' USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI., DSDK., AMK. PUSAT KHIDMAT ADUN MERBAU PULAS,
NO.71 JALAN S2, TAMAN DESA AMAN,
09400 PADANG SERAI,
KEDAH DARUL AMAN.
|
N.34 - LUNAS
![]() |
YB. KHAIRUL ANUAR BIN RAMLI
PUSAT KHIDMAT DUN LUNAS
NO. 242 JALAN IHSAN II, TAMAN IHSAN III
09600 LUNAS,
KEDAH DARUL AMAN
|
N.34 - KULIM
![]() |
YB. WONG CHIA ZHEN PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN KULIM
NO. 63 TINGKAT BAWAH LORONG KOTA KENARI 1/1,
KOTA KENARI 09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN
|
N.36 - BANDAR BAHARU
![]() |
YB. MOHD SUFFIAN BIN YUSOFF PEJABAT PAS KAWASAN KULIM BANDAR BAHARU, KAMPUNG BARU LOMBONG, 09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN
|
YAB. DATO' SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR., SPMK., AMK
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan
Pengerusi Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negeri
Pengerusi Jawatankuasa Plan Pembangunan Kedah 2035
Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Luar
|
ALAMAT PEJABAT : PEJABAT YAB. MENTERI BESAR KEDAH
WISMA DARUL AMAN
ARAS 3, BLOK A, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04702 7000 FAX : 04702 |
YB.DATO' HAJJAH USTAZAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI., DSDK., AMK
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar
Pengerusi Jawatankuasa Kemiskinan
Pengerusi Pembangunan Insan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7697
FAX : 04702 7890
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pengerusi Jawatankuasa Agama
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7697
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. DR. HAIM HILMAN BIN ABDULLAH
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan
Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi & Sains
Pengerusi Jawatankuasa Teknologi & Inovasi
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7703
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. DATO' HAJJAH HALIMATON SHAADIAH BINTI SAAD., DSSS., SSS., BKM
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7705
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. TUAN HAJI MOHAMAD YUSOFF BIN ZAKARIA., AMK., BKM
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli
Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Air dan Alam Sekitar
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7709
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. MEJAR (B) MANSOR BIN ZAKARIA
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7713
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB.DZOWAHIR BIN AB GHANI
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7695
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. DATO' SALLEH BIN SAIDIN
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7707
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. MUHAMMAD RADHI BIN MAT DIN
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN, 05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7699
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
YB. WONG CHIA ZHEN
![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia
Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Cina, India & Siam & NGO
|
ALAMAT PEJABAT :
ARAS 5, BLOK E, WISMA DARUL AMAN,
05503 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04702 7710
FAX : 04702
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
JAWATANKUASA PEMILIH
Jawatankuasa Pemilih dilantik ditubuhkan oelh Dewan Undangan Negeri mengikut Peraturan 74 (1)(2)Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang mengandungi Speaker sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang terpilih oleh Dewan sebagai anggota Jawatankuasa seperti berikut :
3. YB. - Ahli
4. YB. - Ahli
5. YB. -Ahli
6. YB. - Ahli
BAGI TEMPOH DUA TAHUN MULAI 1 DISEMBER 2020 HINGGA DEWAN DIBUBARKAN
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (Peraturan 75)
Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat (Peraturan 76)
Jawatankuasa Dewan (Peraturan 77)
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Peraturan 78)
JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGERI
Perkara 75(1), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman menghendaki diadakan sebuah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri yang akan dilantik pada awal tiap-tiap Dewan bagi memeriksa :
- Kira-kira Kerajaan Negeri Kedah dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Dewan kerana menemui perbelanjaan Negeri.
- Kira-kira Pihak Berkuasa Awam dan lain-lain badan yang mengurus wang awam yang dibentangkan dalam dewan.
- Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Perkara 107(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diserah oleh Dewan kepada Jawatankuasa.
Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh Dewan ( Lantikan untuk tempoh satu penggal atau mana-mana tempoh yang difikirkan perlu). Pengerusi Jawatankuasa akan diberikan kepada sesiapa yang disingkirkan oleh Jawatankuasa Pemilih.
Bagi ahli-ahlinya pula akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih iaitu tidak kurang dari dua dan tidak lebih dari tiga orang. Tempoh lantikan ahli Jawatankuasa ini ialah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilih. Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir dihadapannya bagi menjawab persoalan-persoalan yang berbangkit.
Pengerusi : YB.
Timbalan Pengerusi : YB.
Ahli-Ahli : YB.
: YB.
: YB.
Jemputan Khas : YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman
: Y.Bhg Pengarah Audit Negeri Kedah Darul Aman
Setiausaha : Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah
Penolong Setiausaha : Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah
Pencatat : Pn. Noramira binti Ghazali
Jawatankuasa ini dikehendaki menyediakan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk dibentangkan dalam persidangan Dewan selepas selesai memeriksa Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun tertentu dan juga isu-isu semasa yang berbangkit. Laporan tersebut mengandungi syor-syor yang dibuat untuk tindakan dan perhatian kerajaan.
KOD ETIKA BERPAKAIAN
TATACARA BERPAKAIAN SEMASA MENGHADIRI SIDANG DEWAN
1. Semasa Sidang Dewan Perasmian Bajet Negeri Kedah.
Untuk Ahli Yang Berhormat
Untuk Isteri Ahli-ahli Yang Berhormat
Untuk Ketua-ketua Jabatan Yang Dijemput
Berpakaian baju melayu bersongkok atau louge suite bagi sebelah petang.
Berpakaian baju kurung atau kebaya labuh dan bertudung serta tidak menjolok mata.
Bagi ketua jabatan hendaklah berpakaian tunic jaket dan jika tidak mempunyai tunic jaket hendaklah berpakaian baju melayu warna hitam dan bertengkolok.
Bagi pasukan beruniform hendaklah memakai pakaian NO.1 [ONE DRESS].
2. Semasa Persidangan Dewan Biasa.
Untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat
Untuk Para Pemerhati Sidang Dewan
Berpakaian baju melayu atau louge suite yang sama warna [pagi/petang].
Berpakaian baju melayu atau louge suite bagi lelaki.
Berpakaian baju kurung atau kebaya labuh dan bertudung serta tidak menjolok mata.
Berpakaian uniform sekolah dan bertali leher bagi lelaki.
Perkara-perkara yang dilarang
Memakai pakaian yang menjolok mata seperti skirt, barebaks, low neckline, slack, sleeveless dan cheong sum bagi perempuan.
Mengambil gambar semasa persidangan sedang berlangsung.
Membawa handphone dan mengambil gambar.
Membuat bising.
Memakai selipar dan baju t-shirt.
Memakai baju batik.
Membawa kanak-kanak kedalam dewan.
PERATURAN ADAB BERBAHAS
1. Seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapanya kepada Pengerusi. Seseorang ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi.
2. Jika dua atau lebih daripada orang ahli bangunserentak, maka Pegerusi hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya.
3. Speaker atau Pengerusi boleh menghadkan masa bagi ahli-ahli berucap jika perlu.
4. Seseorang ahli hendaklah menghadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan shaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu.
5. Adalah salah pada Peraturan Mesyuarat bagi seseorang ahli menggunakan bahasa biadap.
6. Seseorang ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli yang lain.
7. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.
8. Seseorang tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap kecuali:
Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu ahli yang sedang bercakap itu hendaklah duduk dan ahli yang mengganggu hendaklah menarik perhatian kepada perara yang hendak dikeluarkannya buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkannya perkara itu kepada Pengerusi memutuskannya atau;
Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapanya dengan syarat ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi.
9. Semasa mesyuarat bersidang :
- Semua ahli hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau berkelakuan di dalam dewan dengan tertib.
- Seseorang ahli tidak boleh melintas ruangan di tengah dewan dengan tidak ada hal.
- Ahli-ahli tidak boleh membaca suratkhabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lainnya kecuali apa-apa yang ada kena mengena tepat dengan urusan yang dibahaskan.
- Seseorang ahli tidak boleh merokok atau makan di dalam Dewan Mesyuarat.
- Masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.
- Semua ahli-ahli hendaklah patuhi dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Speaker dari satu masa ke satu masa.
10. Apabila ahli-ahli ditegur oelh Pengerusi berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat atau bila-bila Pengerusi menyampuk masa dijalankan perbahasan, maka siapa-siapa ahli yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk dan Dewan atau Jawatankuasa hendaklah diam supaya cakap Pengerusi boleh didengar dengan tidak terganggu.
11. Pengerusi setelah menarik perhatian Dewan atau Jawatankuasa kepada kelakuan seseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkan perkara yang tidak ada kena- mengena dengan perkara menyuarat atau berulang-ulang menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalam sesuatu perbahasan, boleh menerintahkan ahli itu agar berhenti bercakap.
12. Pengerusi hendaklah memerintahkan siapa-siapa ahli yang berkelakuan haru-biru,m keluar dengan serta merta daripada Dewan hingga habis persidangan pada hari berkenaan, dan Bentara Mesyuarat hendaklah menjalankan apa-apa perintah yang diterimanya daripada Pengerusi menurut peraturan ini tetapi jika ada masanya, difikirkan oleh Pengerusi kuasa-kuasanya menurut syarat-syarat tadi dalam peraturan ini tidak cukup, maka boleh disebutkan nama ahli atau ahli-ahli yang berkelakuan haru-biru itu. Kemudian aturan yang ditetapkan dalam perenggan (3),(4),(5) dan (6) hendaklah diikut.
13. Tidak lebih daripada seorang ahli yang boleh disebutkan namanya serentak, kecuali jika dua atau lebih daripada dua orang ahli yang hadir telah bersama-sama tidak mengendahkan kuasa Pengerusi.
14. Jika seseorang ahli itu digantung kerja sebagai Ahli Dewan menurut syarat-syarat Peraturan ini, maka ahli itu hendaklah diperintahkan oleh Speaker keluar daripada mesyuarat dan tidak dibenarkan masuk hingga tanat mensyuarat.
15. Tiada apa-apa pun dalam Peraturan ini yang difaham menghilangkan kuasa Dewan boleh menjalankan apa-apa langkah keatas siapa-siapa ahli menurut ketetapan Dewan.
GARIS PANDUAN PEMERHATI DEWAN
1. Para pemerhati perlu mendapatkan Pas Kebenaran untuk mengikuti atau memasuki Sidang Dewan Negeri daripada Setiausaha Dewan Negeri sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Sidang Dewan berlangsung
2. Perlu mematuhi cara berpakaian yang di tetapkan iaitu:
Lelaki : Pakaian Kebangsaan / Lounge Suit
Wanita : Pakaian Sopan / Tertib & Sesuai
3. Semasa di dalam Dewan, di tegah sama sekali membuat bising, berbual, ikut serta bertepuk tangan, menghisap rokok atau lain-lain perlakuan yang boleh mengganggu perjalanan Persidangan Dewan.
4. Tidak boleh berdiri atau duduk di tempat-tempat yang boleh mengganggu laluan utama.
5. Hendaklah memberi hormat dengan menundukkan kepala kepada Speaker Dewan Negeri pada waktu hendak masuk dan keluar daripada Dewan Persidangan dan duduk dengan tertib
6. Sebarang peralatan kamera dan video serta perakam pita tidak dibenarkan dibawa masuk. Penggunaan telefon bimbit berkamera juga tidak dibenarkan.
7. Pihak keselamatan akan mengambil tindakan jika peraturan tidak dipatuhi.
PERMOHONAN LAWATAN
PERHATIAN
Semua permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh lawatan.
Bagi permohonan lawatan oleh individu, adalah TIDAK diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan.
Permohonan lawatan oleh sekolah / agensi / universiti / organisasi, adalah DIWAJIBKAN mengisi borang permohonan dengan menyertakan surat permohonan yang mengandungi kepala surat rasmi sekolah / agensi / universiti / organisasi.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.
Contoh surat permohonan boleh klik DISINI