pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KEDAH TINGKATKAN PRODUKTIVITI MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL

    Abdul Latif (kiri) dan Ammar pada sesi Pelancaran Kedah Produktif di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam yang disiarkan menerusi webinar.

    ALOR SETAR 12 JULAI - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) membantu meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri Kedah ke peringkat tertinggi melalui pelancaran program Kedah Produktif semalam.MPC dalam kenyataannya berkata, berikutan beberapa industri terjejas akibat wabak pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, teknologi digital digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.Menurutnya, kerjasama perbadanan tersebut dengan kerajaan negeri bukanlah perkara baharu kerana kedua-duanya mula bekerja rapat pada tahun 2019 melalui pelaksanaan Good Regulatory Practice (GRP).

    "Program itu ternyata memberi kesan positif kepada warga kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah untuk menjadi lebih kritis dan dinamik."Bukan itu sahaja, kerajaan negeri telah merangka program baharu selepas menanda aras CIDB Kuala Lumpur dan Ekonomi Digital Georgia."Kedah Produktif juga selaras dengan usaha kerajaan negeri itu melalui Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah 2019-2023," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Syaikh Mahmood Naim pada Majlis Pelancaran Kedah Produktif yang disiarkan secara langsung di webinar semalam berkata, beliau berbangga kerana kerajaan negeri bekerjasama dengan MPC untuk melancarkan lagi pentadbiran Kedah melalui penggunaan teknologi digital.

    "Usaha MPC adalah selaras dengan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah 2019-2023 dengan mendokong empat teras utama iaitu memperkukuh pembangunan ekonomi Kedah, meningkatkan serta memperkukuhkan taraf sosial rakyat yang progresif dan kondusif, memantapkan perkhidmatan ICT negeri, perkukuh amalan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti," katanyaMajlis pelancaran dalam talian tersebut dikendalikan Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman.Pada majlis tersebut, MPC turut melancarkan Khidmat Nasihat Perniagaan Secara Maya atau Business Virtual Advisory Clinic (BVAC).

    SUMBER : SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT