pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    PENDUDUK KOTA SETAR DIMINTA KEKAL DI RUMAH

     

    ALOR SETAR 13 SEPTEMBER - Penduduk Kota Setar yang bertindak keluar dari daerah itu sebelum Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dikuatkuasakan semalam perlu kekal di rumah di mana mereka berada sekarang.Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, tindakan mereka yang ingkar kepada arahan kerajaan akan meningkatkan risiko penularan pandemik koronavirus (Covid-19) ke daerah mahupun negeri lain.

    Menurutnya, rakyat seharusnya faham bahawa pelaksanaan PKPD Pentadbiran untuk mengekang pandemik itu dan kekal berada di rumah adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa sendiri dan juga orang yang berada di sekeliling."Tindakan mereka yang keluar dari daerah ini selepas pengumuman PKPD Pentadbiran seperti tidak sayang kepada orang lain."Hal ini akan melambatkan petugas kesihatan untuk mengesan kontak rapat jika mereka didapati positif Covid-19. Kita bimbang akan wujud kluster baharu di tempat lain pula," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa individu atau penduduk Kota Setar yang melarikan diri selepas pengumuman pelaksanaan PKPD akan diburu polis.Dr Mohd Hayati berkata, semua aktiviti dan program yang membabitkan kerajaan Kedah juga turut ditangguhkan sepanjang PKPD Pentadbiran di daerah Kota Setar."Rakyat di daerah ini yang diminta mengadakan saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta mematuhi arahan tersebut."Setakat ini sudah 11,000 penduduk daerah Kota Setar telah disaring oleh KKM sejak semalam dan mereka diminta untuk kuarantin di rumah selepas saringan dibuat," katanya.

    SUMBER : SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT