pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    UUM LANJUT ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH

    Universiti Utara Malaysia melanjutkan penutupan kampus induk universiti dan perlaksanaan tugasan secara bekerja dari rumah sehingga 15 Oktober ini.

    ALOR SETAR 12 OKTOBER - Universiti Utara Malaysia (UUM) melanjutkan arahan perlaksanaan tugasan secara bekerja dari rumah sehingga 15 Oktober ini bagi menjaga keselamatan warga kampus daripada wabak koronavirus (Covid-19).Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, keputusan itu juga membolehkan disinfeksi secara menyeluruh dapat terus dilaksanakan di kampus itu.

    "Arahan ini melibatkan semua kakitangan kecuali staf yang terlibat dalam perkhidmatan perlu (essential services) dan harus mendapat kebenaran Pendaftar," katanya dalam kenyataan malam tadi.UUM memutuskan perlu bekerja dari rumah bermula 5 hingga 8 Oktober lalu sebelum melanjutkan arahan tersebut sehingga Khamis ini.Menurutnya, pelajar yang berada di dalam kampus universiti juga tidak dibenarkan keluar kecuali dengan kebenaran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

    "Kawasan yang terjejas adalah salah sebuah Inapan Siswa (Inasis) yang menempatkan pelajar dari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes)."Insasis sudah dikawal rapi dan kesemua penghuni disaring dan dikuarantin di luar kampus utama manakala pelajar yang positif dihantar ke hospital untuk proses rawatan," katanya.Katanya, setakat ini belum ada staf UUM yang dikesan positif selepas melakukan ujian pengesanan virus Covid-19."Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan seperti biasa secara dalam talian (online) bermula 11 Oktober ini dan aktiviti atau mesyuarat secara bersemuka ditangguhkan serta dijalankan secara dalam talian.

    "Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kesihatan semua staf dan pelajar dipantau menerusi aplikasi COVID-19 Daily Self Assessment (CODSA)."Sekiranya terdapat di antara mereka dikesan berisiko akan diarahkan untuk membuat pemeriksaan di PKU UUM atau fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.

    SUMBER : SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT