pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    SUNGAI PADANG TERAP CECAH PARAS BAHAYA

    Sungai Padang Terap mencecah ke paras bahaya pada pagi ini disebabkan oleh hujan lebat pada petang semalam. 

     

    ALOR SETAR 23 NOVEMBER - Aliran Sungai Padang Terap di Kuala Nerang mula meningkat ke paras bahaya iaitu 17.12 meter dengan aliran sebanyak 188 meter padu sesaat pada jam 8 pagi hari ini disebabkan oleh hujan lebat petang semalam.Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam satu kenyataan memaklumkan, berlaku kenaikan air di kawasan tadahan Sungai Padang Terap iaitu di stesen-stesen Padang Sanai, Sungai Naka, Kuala Nerang, Bukit Sena dan Sungai Janing.

    Menurutnya, pihaknya telah mengambil tindakan awal untuk menyalurkan air lebihan ini melalui infrastruktur pengairan dan saliran sedia ada sejak semalam melalui sistem pengairan Lana Bulu, Alor Changileh, Sistem Tengah dan Selatan serta melalui sistem saliran dengan pembukaan ‘pelubang barrage’ di Kampung Kepala Batu dan Ampang Jajar di Alor Setar."Takungan di Empangan MADA pada hari ini iaitu Empangan Ahning adalah sebanyak 74.5 peratus dan Empangan Pedu adalah 86.4 peratus. Tiada pelepasan air dilakukan."Takungan di Empangan Muda adalah 110 peratus dan air telah melimpah sejak 14 November lalu dan air ini akan mengalir melalui lembangan Sungai Muda.

    Sehubungan itu, MADA akan memantau dan memaklumkan status kedudukan limpahan air Empangan Muda dari masa ke masa kepada pihak Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda, JPS untuk memantau keadaanparas air di lembangan Sungai Muda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, limpahan melalui alur limpah Empangan Muda merupakan kejadian yang lazim berlaku dan berdasarkan rekod, kali terakhir empangan tersebut melimpah adalah pada awal bulan Januari hingga Februari 2018.

    "Kejadian limpahan air dari empangan adalah bertujuan untuk membenarkan air lebihan dari kolam takungan yang tidak dapat ditampung dan akan mengalir melalui alur limpah secara berterusan atau berkala berdasarkan kapasiti penuh kolam takungan sesebuah empangan."MADA sentiasa membuat pemantauan dan akan memaklumkan kepada agensi yang berkepentingan sekiranya limpahan ini mencapai paras bahaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan-Empangan MADA," katanya lagi.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran waspada (kuning) pada jam 5 petang 20 November 2020 yang menjangkakan hujan lebat berlaku pada 22 November sehingga 23 November 2020 di negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

    SUMBER :SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT