mszh-CNen

    MB KEDAH RASMI RANCANGAN ‘HELLO YB’

    ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor telah merasmikan Bicarawara@KedahFM ‘Hello YB’ yang akan diadakan setiap hari Ahad bermula hari bertempat di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah di sini, hari ini.Sanusi sempat meluangkan masa berbual bicara bersama DJ Nazri dari KedahFM selama kira-kira 30 minit bagi mengupas berkenaan situasi semasa negeri Kedah.Slot ‘Hello YB’ di KedahFM ini akan menemu bual Menteri Besar Kedah serta barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah berkenaan situasi atau keadaan semasa berkaitan perancangan yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat serta negeri khasnya berkaitan Bajet Kedah 2021.Slot ‘Hello YB’ ini juga turut diadakan di LangkawiFM khusus untuk penduduk Langkawi yang akan bersiaran pada hari Isnin.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Negeri, Romani Wan Salin dan Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar.

    © 2020 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |