pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    Kakitangan awam Kedah terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000

     

    ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kelulusan pemberian bantuan itu diputuskan pada Mesyuarat EXCO yang berlangsung di Wisma Darul Aman.

    Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas berkenaan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri itu. "Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah hari ini meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam Kedah berjumlah RM1,000 setiap seorang. 

    "Kelulusan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan RM5.35 juta," katanya dalam kenyataan. Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM307,500 sebagai bayaran bantuan khas kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK.

    "Mesyuarat EXCO juga meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK seluruh negeri membabitkan seramai 2,050 penerima dengan peruntukan RM307,500. "Bayaran kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK ini akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing," katanya.

    Difahamkan, semua pembayaran akan dibuat kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT