pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    DATARAN STAR WALK BANTU RANCAKKAN SEMULA LORONG SEMPIT

     

     

    ALOR SETAR (23 OGOS 2022) : Proses menaik taraf Dataran Star Walk yang sedang giat dijalankan bersebelahan Bazar Lorong Timur atau lebih dikenali Lorong Sempit diyakini mampu memberi limpahan ekonomi kepada peniaga di sekitar Jalan Tunku Ibrahim.

    Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad berkata, pihaknya percaya apabila Dataran Star Walk di tengah-tengah pusat bandar itu siap sepenuhnya, aktiviti perniagaan di kawasan sekitar termasuk pusat beli belah dan premis komersial berdekatan akan kembali rancak.

    Menurutnya, buat masa ini Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) belum mempunyai perancangan khusus untuk menaik taraf Lorong Sempit atau membangunkan projek lain atas tapak berkenaan.

    “Bagi merancakkan kembali aktiviti perniagaan dan kemeriahan kawasan sekitar, Dataran Star Walk akan ditutup pada masa tertentu untuk kita adakan bazar, secara tidak langsung aktiviti pengunjung akan melimpah ke kawasan Lorong Sempit kerana terletak bersebelahan,” katanya di sini pada Selasa.

    Zaid berkata, bagaimanapun MBAS akan meneliti perancangan selanjutnya selepas projek Dataran Star Walk siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

    Pada 15 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan luahan peniaga yang bimbang populariti Lorong Sempit sebagai ikon bandar raya ini pada era 1980-an dilihat semakin suram akibat kekurangan pengunjung.

    Peniaga gusar sekiranya tiada inisiatif diambil untuk menarik semula pengunjung, pusat jualan itu tidak mampu bertahan dan bakal berkubur.

    Dalam pada itu, Zaid memberitahu, Lorong Sempit tersebut hilang pelanggan selepas stesen bas berdekatan ditutup menyebabkan lorong tersebut yang sebelum ini menjadi laluan utama orang ramai tidak lagi menggunakan lorong berkenaan.

    “Malah pelanggan kini mempunyai banyak pilihan di tempat lain untuk membeli barangan yang ditawarkan oleh peniaga di Lorong Sempit,” katanya.

    Zaid percaya persaingan daripada pasar sehari, pasar malam dan pasar raya turut menyebabkan kurangnya sambutan pelanggan terhadap Lorong Sempit kerana kesemua premis berkenaan menawarkan barangan yang sama.

    “Kurangnya sambutan pelanggan juga menyebabkan MBAS tidak ada perancangan untuk menaik taraf Lorong Sempit,” katanya.

    Sumber : Sinar Harian

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT