pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    SIK, PENDANG DILANDA BANJIR KILAT

     

    ALOR SETAR (3 NOVEMBER 2022) : Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa rumah di daerah Sik dan Pendang dilanda banjir kilat, hari ini.

    Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, hujan lebat sejak jam 4 petang tadi menyebabkan air mula menaiki kediaman penduduk pada jam 7 petang.

    Menurutnya antara kampung di daerah Sik yang dinaiki air adalah Kampung Lentang dan Kampung Surau di Mukim Sok serta Kampung Telaga Batu di Mukim Sik.

    “Selain itu, dua kampung di daerah Pendang turut dinaiki air iaitu Kampung Tong Prok dan Kampung Cina di Mukim Padang Kerbau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    “Pasukan APM Sik keluar ke lokasi Kampung Lentang bagi mengeluarkan mangsa terperangkap pada jam 8.56 malam manakala mangsa di Pendang berlindung di rumah keluarga terdekat malam ini,” katanya.

    Muhammad Suhaimi berkata, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan terbabit.

    Bagaimanapun katanya, tiga sungai di daerah Sik iaitu di Sungai Muda (Titi Nami), Sungai Chepir (Batu 5) dan Sungai Chepir (Kampung Ulu Jerai) masih di tahap normal.

    “Hujan lebat melebihi dua jam menyebabkan air melimpah hingga ke jalan utama secara mendadak dan menyebabkan limpahan air memasuki hingga ke kediaman penduduk di Pendang.

    “Limpahan berlaku akibat aliran arus yg deras menyebabkan beberapa buah rumah berhampiran dinaiki air dan pergerakan air yang laju,” katanya.

    Muhammad Suhaimi berkata, tiga mangsa terperangkap di Kampung Tong Prok berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota APM Pendang.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT