pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    PKB DAN RETD KOREA METERAI MOU PEMBINAAN LRT DI LANGKAWI

    ALOR SETAR (29 APRIL 2024) – Hasil kerjasama antarabangsa dan pembangunan ekonomi telah mencapai satu pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Pembangunan Kereta Api Eko Diraja, Republik Korea (RETD Korea) dan Q-Plex yang merupakan rakan kongsi strategik RETD di Malaysia bersama anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) bagi projek ‘Light Rapid Transit’ (LRT) menggunakan laluan Sistem Teknologi MAGLEV dan ‘Transit Oriented Developments’ (TOD) untuk Pulau Langkawi, Kedah.

    Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata ini merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh PKB dalam agenda Kerajaan Negeri untuk membina jaringan dengan syarikat-syarikat antarabangsa bagi tujuan pembangunan negeri Kedah.

    ”Secara keseluruhannya, usaha ini akan membawa kepada satu kajian menyeluruh yang akan dibangunkan oleh RETD, potensi untuk membangunkan program atau projek pembangunan infrastruktur di Pulau Langkawi secara khususnya. Kita akan mengusahakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan keseluruhan Pulau Langkawi dan akan mengembangkan lagi kerjasama ini setelah kajian kemudahan dilakukan serta kebolehan untuk merealisasikan kerjasama ini bergantung kepada hasil kajian yang akan dilakukan oleh RETD.

    “Dalam kata lain, ini adalah sebahagian daripada agenda pembangunan ekonomi negeri seperti yang digagaskan oleh Menteri Besar Kedah dan syarikat Korea ini merupakan syarikat yang berpengalaman dalam pembangunan infrastruktur dan kawasan komersial yang akan dibangunkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media yang selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kereta Api Eko Diraja, Republik Korea (RETD Korea) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

    Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), Mohd Azad Jasmi dan Ketua Pegawai Eksekutif RETD CO. LTD., Lee Changwook.

    Dalam perkembangan sama, Sanusi dalam ucapan perasmiannya berkata beliau yakin perkongsian ini bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi kemakmuran Kedah malah turut mengukuhkan kedudukan negeri sebagai destinasi pilihan pelaburan serta mewujudkan potensi pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

    “Dalam erti lain, Kerajaan Negeri akan melihat segala aspek berkaitan pihak RETD dan akan diberi perhatian menyeluruh serta disantuni sebaiknya agar mereka akan tetap menjadi sebahagian daripada eko sistem kita pada masa hadapan.

    “Impak yang positif dapat dilihat terhadap flora dan fauna kerana pelbagai teknologi terkini akan digunakan demi memastikan keindahan serta kehijauan langkawi terus terpelihara. Segala yang berkaitan demi membangunkan pembangunan terancang dan rapi, semua itu perlu diperhalusi bertujuan menarik pelancong luar dan dalam negara dengan tarikan yang lebih berbanding pada masa kini,” ujarnya.

    Sumber : Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT