pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    SITUASI BANJIR DI KUBANG PASU MULAI PULIH – MB KEDAH

     

    ALOR SETAR (23 September 2024) – Fenomena hujan lebat berterusan bertembung dengan air pasang besar sejak beberapa hari lepas dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kedua terburuk di Kedah ketika ini.

    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata banjir yang melanda Kedah ketika ini tidak seburuk banjir pada 2010. Bagaimanapun, beliau mendapati keadaan banjir di beberapa kawasan semakin pulih berikutan hujan makin berkurang dan fenomena air pasang berakhir.

    “Ini banjir kedua terburuk yang pernah berlaku di Kedah selepas 2010. Sebab kejadian ini berlaku dipercayai akibat hujan banyak di kawasan luas yang bertembung dengan fenomena air pasang besar di laut.

    “Apabila keadaan itu berlaku, air tersekat kerana tidak dapat mengalir ke laut dan itulah yang menyebabkan banjir kali ini agak besar dan berlangsung dalam tempoh agak lama,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Seri Indera Putera di sini, hari ini.

    Dalam lawatan tersebut beliau dibawa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ sebelum beliau dan rombongan bergerak ke PPS Sekolah Kebangsaan Tunjang.

    Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof Dr. Haim Hilman Abdullah; Pengerusi Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dan Perpaduan Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Dr. Nadzman Mustaffa; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim dan ADUN Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.

    Dalam perkembangan sama, Sanusi memaklumkan situasi mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Daerah Kubang Pasu semakin baik dan sebanyak 195 keluarga meliputi 634 mangsa masih lagi berada di lima PPS serta terdapat juga yang telah kembali ke rumah untuk membuat pembersihan.

    “Alhamdulillah setakat hari ini saya dimaklumkan bahawa di Kubang Pasu sudah berkurangan ke lima PPS sahaja lagi tapi jumlah mangsa semakin meningkat di Daerah Kota Setar kerana air dari sini mengalir ke sana.

    “Daripada 44 PPS kini tinggal 37 sahaja yang masih aktif, keadaan cuaca hari ini semakin baik dan hujan pun berkurangan dan kembali panas, diharapkan kebanyakan tempat ini akan kering dan mangsa-mangsa akan dapat pulang ke rumah masing-masing dengan kadar segera,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Sanusi turut memaklumkan bahawa projek tebatan banjir yang sedang berjalan belum siap sepunuhnya dan berharap apabila siap projek ini akan membantu mengurangkan kemungkinan banjir-banjir besar di masa hadapan.

    Sumber Berita : Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT