Mengenai

Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merupakan satu jabatan yang penting dalam struktur pentadbiran dan sistem pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman. Jabatan ini memainkan peranan yang amat signifikan dalam memastikan kelangsungan tadbir urus negeri secara tersusun, berperlembagaan, dan berlandaskan prinsip demokrasi berparlimen.

Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan badan legislatif tertinggi di peringkat negeri yang menjadi platform utama bagi wakil-wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membahaskan isu-isu rakyat, menggubal undang-undang negeri, serta meluluskan bajet tahunan kerajaan negeri. Pejabat ini berperanan sebagai urus setia rasmi dalam mengurus perjalanan persidangan dewan, menyediakan kemudahan kepada ADUN, dan memastikan setiap prosiding dewan direkod secara rasmi melalui Laporan Penyata Rasmi (Hansard). Selain itu, pejabat ini turut bertanggungjawab memastikan semua prosedur dan tatacara
mesyuarat dilaksanakan secara teratur selaras dengan PeraturanPeraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Sudut Berita

PEGAWAI TADBIR NEGERI DISERU TURUN PADANG, PEKA, CAKNA DAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT – NORIZAN

PADANG TERAP (03.01.2026) – Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) diseru agar sentiasa turun padang bagi melihat sendiri permasalahan yang dialami oleh rakyat. Walaupun kehadiran pegawai tidak semestinya menyelesaikan masalah atau kesulitan rakyat namun ianya suatu perkara yang akan mengembirakan rakyat dan dianggap permasalahan mereka mendapat perhatian pihak berwajib. ‎Setiausaha Kerajaan

Read More »

TERENGGANU KONGSI KEPAKARAN PEMBANGUNAN SUKAN PERMOTORAN

KUALA NERUS (19.12.2025) – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama delegasi Kerajaan Negeri Kedah mengadakan lawatan kerja ke Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini, semalam. Menurut Sanusi, lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau secara dekat berkenaan pengurusan serta operasi litar permotoran

Read More »

KDBP 2025 DIRANGKA MEMANDU KE ARAH TRANSFORMASI DIGITAL NEGERI KEDAH

ALOR SETAR (09.12.2025) – Kedah Digital Blue Print 2050 (KDBP2025) merupakan sebuah rancangan strategik yang dirangka untuk memandu transformasi digital Negeri Kedah Darul Aman. Sebanyak dua siri Bengkel Penyediaan KDBP 2050 telah dijalankan iaitu Lab Kedah Digital Blueprint Siri 1 yang telah diadakan pada 15 dan 16 Mei 2024 di

Read More »

KERAJAAN NEGERI BUAT PEMANTAUAN PASTIKAN PROJEK RTB SIAP PADA MASA DITETAPKAN

ALOR SETAR (11.11.2025) – Pemantauan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit (RTB SKAB) akan dijalankan bagi memastikan projek disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan tindakan akan diambil berdasarkan syarat-syarat kontrak sekiranya terdapat ketidak patuhan dalam pelaksanaan projek. ‎Tindakan yang dilaksanakan dalam memastikan projek ini siap sepenuhnya dengan kadar

Read More »