English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg
  • pelepasanAM2017.png
  • KedahApps.png
  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg

< class="moduletable ">
  • KEDAH SEDIA 10 BUAH BAS

    ALOR SETAR 20 Jun - Kerajaan Kedah menyediakan 10 buah bas kepada mahasiswa anak Kedah yang menuntut di universiti di seluruh negara, untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

    Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, bas yang boleh menampung 40 penumpang bagi setiap bas itu akan mula bergerak ke Kedah dari Kuala Lumpur bermula Khamis ini.

    "Ini merupakan tahun kedua kerajaan negeri memberi bas percuma kepada pelajar universiti yang berasal dari Kedah selepas pelaksanaan kali pertama tahun lepas mendapat sambutan yang baik.

    "Kita menerima permintaan daripada para pelajar supaya kerajaan negeri terus

    Read More
  • NAJIB LANCAR PROJEK LJK8 KEDAH

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) peringkat negeri di Masjid Pering, Kodiang di sini hari ini.

    Pelancaran projek itu kini menjadikan sejumlah RM250 juta diperuntukkan kerajaan bagi penyediaan kemudahan berkenaan di luar bandar sejak 2003.

    Peruntukan itu membolehkan sebanyak 422,000 unit lampu jalan kampung dipasang di seluruh negara termasuk 122,133 unit di bawah LJK8 yang menelan kos RM100 juta.

    Daripada keseluruhan 122,133 unit lampu jalan projek LJK8, sejumlah 6,333 unit adalah lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) sementara 115,800 unit merupakan jenis high pressure sodium vapor (HPSV).

    Bagi projek

    Read More
  • 80 ASNAF TERIMA BANTUAN

    Seramai 80 individu terdiri daripada golongan asnaf dipilih menerima barang makanan dan wang tunai sumbangan Akademi Pengajian Bahasa (apb) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah sempena Program APB Prihatin 3.0 Sinar Ramadan 1438 di Kampung Bujang, Merbok di sini, semalam.

    Ketua Pusat Pengajian Bahasa UiTM Kedah, Syazliyati Ibrahim berkata, 20 daripada mereka tinggal di Kampung Bujang dan selebihnya berhampiran Sekolah Menengah Agama (SMK) Irsyadiah. Jeniang dekat sini.

    “Kami harap sumbagan pelbagai barangan makanan bernilai RM200 serta wang tunai RM100 dapat menceriakan mereka menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

    “Sumbangan yang kesemua­nya berjumlah RM9,000 itu ha­sil sumbangan kakitangan dan pelajar bermula 20 April

    Read More
  • 72 PETANI MADA TERIMA PAMPASAN

    Prihatin dengan kesusahan yang dialami para petani di bawah bimbingannya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semalam memberikan wang pampasan bernilai RM94,582 kepada 72 petani yang terjejas akibat banjir pada Jun tahun lalu.

    Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz berkata, kesemua petani itu merupakan pengusaha kepada 107,971 hektar bendang yang terjejas di Kampung Lemping, Kampung Kubang Pangas dan Kampung Kelonchor dekat sini.

    “Banjir itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah dan Anak Bukit bagi mengelakkan berlakunya banjir besar seperti yang pernah terjadi di negeri ini pada 2010.

    “Namun dalam masa pembinaannya ini, ada kawasan yang terjejas

    Read More
  • IPDM, RAPAT BANTU KELUARGA MISKIN

    Sebanyak 40 keluarga miskin dan kurang bernasib baik dari 10 buah kampung di daerah Padang Terap te­lah menerima sumbangan Ra­madan bagi meringankan beban mereka dalam menjalani ibadat puasa.

    Sumbangan melalui Program Bakul Ramadan Semarak Se­de­kah Mengimpi Barakah itu merupakan inisiatif Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama pertubuhan bukan ke­rajaan (NGO), Rangkaian Anak-Anak Padang Terap (RAPAT) dan Unit Media Baharu, Utusan Me­layu (M) Berhad.

    Pengarah IPDM, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, program itu merupakan acara tahunan institut berke­na­an dengan sasaran penerima ia­lah ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).

    “Barangan yang

    Read More
  • BDB AKHIRI JELAJAH DI JITRA

    Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan inisiatif projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangan Ramadan berjumlah RM20,000 kepada kira-kira 100 asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

    Pengarah Urusannya, Datuk Izham Yusoff berkata, setiap penerima dari DUN Kuala Nerang, Bakar Bata, Sungai Tiang dan Jitra yang terpilih menerima sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang.

    "Pada majlis ini, anak syarikat Kumpulan BDB iaitu Kedah Holdings Sdn. Bhd. memperuntukkan RM20,000 untuk diagihkan kepada 100 penerima.

    "Walaupun jumlah sumbangan ini tidak besar namun kita mengharapkan dapat meringankan beban golongan asnaf dan orang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah puasa," katanya ketika berucap dalam Majlis

    Read More
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

PILIHANRAYA UMUM

 

 

 

 

 

MANTAN PENTADBIRAN

 

 

 

 

 

E-PERKHIDMATAN

KEDAH APPs

 

 

 

 

 

 

 

 

PAUTAN

mygoverment-png1malaysia-pngHRMISmscMAMPUJPA

DUN NEGERI

 

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.