Bertindak sebagai urusetia kepada Persidangan Dewan dan menyelia Persidangan Dewan agar berjalan dengan lancar dan tidak terganggu.
Menjadi urusetia dalam perlantikan Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan(EXCO), Speaker dan Ahli Yang Behormat Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar berjalan dengan baik dan tidak terganggu dengan perkara yang tidak diingini.
Memastikan segala dokumen-dokumen, kertas-kertas dewan dan rang undang-undang yang akan dibentangkan dalam persidangan dewan dapat diterima oleh Ahli Yang Behormat dalam masa yang telah ditetapkan.
Memastikan rang undang-undang dapat diwartakan dalam masa yang ditetapkan supaya rang undang-undang tersebut dapat digunakan oleh jabatan yang berkenaan secepat mungkin.
Memastikan penyata rasmi dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan dan dihantar kepada yang behormat ADUN dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.
Memastikan jawatankuasa kira-kira wang (PAC) berperanan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh Dewan Negeri.
Memastikan tempat rakaman audio dan tempat duduk pemerhati berada dalam keadaan baik dan alat rakaman dapat berfungsi mengikut seperti apa yang dikehendaki