PERATURAN ADAB BERBAHAS

  1. Seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Speaker maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapanya kepada Speaker. Seseorang ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Speaker.
  1. Jika dua atau lebih daripada orang ahli bangun serentak, maka Speaker  hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya.
  1. Speaker  boleh menghadkan masa bagi ahli-ahli berucap jika perlu.
  1. Seseorang ahli hendaklah menghadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu.
  1. Adalah salah pada Peraturan Mesyuarat bagi seseorang ahli menggunakan bahasa biadap.
  1. Seseorang ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli yang lain.
  1. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.
  1. Seseorang tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap kecuali:
  • Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu ahli yang sedang bercakap itu hendaklah duduk dan ahli yang mengganggu hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkannya buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkannya perkara itu kepada Speaker untuk memutuskannya atau;
  • Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapanya dengan syarat ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Speaker.
  1. Semasa mesyuarat bersidang :
  • Semua ahli hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau berkelakuan di dalam dewan denga tertib;
  • Seseorang ahli tidak boleh melintas ruangan di tengah dewan dengan tidak ada hal;
  • Ahli-ahli tidak boleh membaca suratkhabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lainnya kecuali apa-apa yang ada kena mengena tepat dengan urusan yang dibahaskan;
  • Seseorang ahli tidak boleh merokok atau makan di dalam Dewan Mesyuarat;
  • Masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab;
  • Semua ahli-ahli hendaklah patuhi dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Speaker dari satu masa ke satu masa.
  1. Apabila ahli-ahli ditegur oleh Speaker berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat atau bila-bila Speaker menyampuk masa dijalankan perbahasan, maka siapa-siapa ahli yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk dan Dewan atau Jawatankuasa hendaklah diam supaya cakap Pengerusi boleh didengar dengan tidak terganggu.
  1. Speaker setelah menarik perhatian Dewan atau Jawatankuasa kepada kelakuan seseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkan perkara yang tidak ada kena- mengena dengan perkara menyuarat atau berulang-ulang menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalam sesuatu perbahasan, boleh menerintahkan ahli itu agar berhenti bercakap.
  1. Speaker hendaklah memerintahkan siapa-siapa ahli yang berkelakuan haru-biru, keluar dengan serta merta daripada Dewan hingga habis persidangan pada hari berkenaan, dan Bentara Mesyuarat hendaklah menjalankan apa-apa perintah yang diterimanya daripada Speaker menurut peraturan ini tetapi jika ada masanya, difikirkan oleh Speaker kuasa-kuasanya menurut syarat-syarat tadi dalam peraturan ini tidak cukup, maka boleh disebutkan nama ahli atau ahli-ahli yang berkelakuan haru-biru itu. Kemudian aturan yang ditetapkan dalam perenggan (3),(4),(5) dan (6) hendaklah diikut.
  1. Tidak lebih daripada seorang ahli yang boleh disebutkan namanya serentak, kecuali jika dua atau lebih daripada dua orang ahli yang hadir telah bersama-sama tidak mengendahkan kuasa Speaker.
  1. Jika seseorang ahli itu digantung kerja sebagai Ahli Dewan menurut syarat-syarat Peraturan ini, maka ahli itu hendaklah diperintahkan oleh Speaker keluar daripada mesyuarat dan tidak dibenarkan masuk hingga tamat mensyuarat.
  1. Tiada apa-apa pun dalam Peraturan ini yang difaham menghilangkan kuasa Dewan boleh menjalankan apa-apa langkah keatas siapa-siapa ahli menurut ketetapan Dewan.