MENTERI BESAR NEGERI KEDAH
YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi kawasan Jeneri. Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 13 orang adik beradik. Berstatus berkahwin, beliau dikurniakan lima orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama isteri tercinta iaitu Puan Jusmalailani binti Jusoh yang berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Sik, Kedah.
Dari segi latar belakang pendidikan, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Batu 5, Sik, pada tahun 1981 sebelum meneruskan pengajian ke peringkat menengah di beberapa institusi pendidikan terkemuka. Antaranya pada tahun 1987, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Sekolah Menengah Sik di Sik, Kedah pada tahun 1990 dan Sekolah Menengah Derma di Kangar, Perlis iaitu pada tahun 1992. Kepelbagaian latar institusi pendidikan telah memberi pendedahan awal kepada beliau tentang kepelbagaian sosial, budaya dan sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia dan berjaya menamatkan pengajian dengan memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1998.
Pengalaman kerjaya beliau bermula dengan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kerahan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSS) di KD Sri Pinang dari tahun 1997 hingga 1998. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dari tahun 1998 hingga 2002.
Seterusnya, beliau memiliki pengalaman profesional yang luas merangkumi sektor awam, swasta dan organisasi masyarakat sivil. Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Setiausaha Eksekutif, Institut Pengembelengan Komuniti (IMPAK) dari tahun 2002 hingga 2004 sebelum menyertai sektor swasta sebagai Eksekutif Penilaian di firma Jurunilai Bersekutu (M) Sdn. Bhd. dari tahun 2004 hingga 2008. Keupayaan dan pengalaman beliau kemudiaanya dimanfaatkan dalam bidang pentadbiran negeri apabila beliau dilantik Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah ke-10 (Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak) dari tahun 2008 hingga 2013. Pada tahun 2010 hingga 2013, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Syarikat Air Darul Aman (SADA), sekaligus memperkukuh pengalaman beliau dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan dan perkhidmatan utiliti awam.
YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi juga merupakan seorang pemimpin berwibawa yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri, politik, kerjasama antarabangsa dan khidmat masyarakat. Beliau memegang pelbagai jawatan kepimpinan penting di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Perjalanan karier beliau dalam arena politik tanah air bermula sejak akhir tahun 1990-an dimana beliau mula mengasah bakat kepimpinan melalui sayap pemuda, bermula sebagai EXCO Pemuda PAS Pulau Pinang tahun 1998 hingga 1999 dan Bendahari PAS Kawasan Sik tahun 1999 hingga 2001. Dedikasi beliau terhadap organisasi membawa kepada kepercayaan yang lebih besar apabila beliau dilantik menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik sebagai Ketua pada tahun 2001 hingga 2005, sebelum terus menggalas tanggungjawab sebagai Bendahari Pemuda PAS pada 2007 hingga 2009. Seterusnya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah iaitu 2009 hingga 2013 dan diteruskan sebagai EXCO Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009 hingga 2011.
Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah (2009-2015) dan sehingga kini masih memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Yang Dipertua PAS Kawasan Sik sejak tahun 2015. Diperingkat Pusat, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2015-kini) dan pernah menjawat jawatan utama sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bagi tempoh 2019 hingga 2021.
Selain itu, beliau pernah menerajui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) sebagai Pengerusi pada tahun 2015 hingga 2019 serta terlibat langsung dalam misi bantuan melalui PASRelief.
Disamping itu, keprihatinan beliau terhadap isu kebajikan bermula dari Setiausaha Qariah Masjid Ubudiyah, Sungai Pau, Sik bagi tempoh 2007 hingga 2008. Selain itu, sumbangan beliau dalam Koordinator Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Aktivis MAPIM dan bertindak sebagai Penasihat bagi organisasi Agro Care Malaysia dan Rakan Alam Malaysia.
YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi turut mempunyai rekod kepimpinan dalam misi kemanusiaan dan diplomasi antarbangsa. Beliau telah mengetuai pelbagai delegasi penting termasuk misi “Food Flotilla For Myanmar” serta siri bantuan kemanusiaan ke Arakan, Bangladesh, Syria, Lebanon dan Yaman. Selain itu, beliau aktif mewakili kepentingan negeri dan negara di pentas global seperti membentangkan kertas kerja hak asasi manusia di Bangkok dan menyertai persidangan antarabangsa mengenai Palestin di Beirut.
Di peringkat tadbir urus dan strategik, beliau pula mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Kedah dalam menjalin kerjasama pendidikan dengan Universiti Al-Azhar, Mesir serta mengukuhkan hubungan pelaburan dengan pelabuhan di Istabul, Turki. Beliau juga terlibat dalam misi teknikal peralatan infrastruktur air di Eropah serta membina rangkaian kerjasama kemanusiaan antarabangsa di United Kingdom dan Turki. Komitmen beliau dalam aktivisme tempatan turut dizahirkan melalui peranan sebagai penasihat pertubuhan alam sekitar dan kebajikan.
Sekolah Kebangsaan Batu 5, Sik, Kedah
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
Sekolah Menengah Sik, Sik, Kedah
Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis
Universiti Sains Malaysia (B.A Hons. USM)
YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi juga merupakan seorang pemimpin berwibawa yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri, politik, kerjasama antarabangsa dan khidmat masyarakat. Beliau memegang pelbagai jawatan kepimpinan penting di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Perjalanan karier beliau dalam arena politik tanah air bermula sejak akhir tahun 1990-an.
2018 – 2020
2016 – 2018
2013-2016
2008 – 2013
2005 – 2008
1996 – 1999
1985 – 1996
1659 – 1967
1954 – 1959
1948 – 1954
© 2025 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.