PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN

CIK NUR ZAFEERAH BINTI MD. RADZI

PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH

 

Cik Nur Zafeerah binti Md. Radzi, dilahirkan pada 12 Mei 1991 di Hospital Besar Kangar. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan  Sultanah Asma dan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah.  Beliau meneruskan lagi pengajian peringkat Asasi Undang-Undang di UiTM Kedah. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.

Mulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 16 Jun 2016 sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Organisasi) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sehingga 30 November 2024.

Seterusnya, beliau menggalas tugas sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pendidikan

1998

Sek Keb Sultanah Asma

2004

Sek Men Kebangsaan Sultanah Bahiyah

2009

Asasi Undang-Undang, UiTM Kedah

2010

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia

Pengalaman

Cik Nur Zafeerah memulakan kerjaya pertamanya dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 16 Jun 2016 sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Organisasi) Bahagian Sumber Manusia di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selama 8 tahun.