‎SULTAN KEDAH RAI 99 PELAJAR MAKTAB MAHMUD YANG CEMERLANG DALAM SPM 2025

‎AHAD (07.06.2026)‎‎ALOR SETAR – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Haflu Takrim Al Mutafawwiqin 2026 anjuran Lembaga Maktab Mahmud bagi meraikan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2025.‎‎Baginda dalam titahnya menzahirkan kegembiraan kerana majlis yang diadakan […]

‎1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN ALOR SETAR CFS EDISI JUN 2026

SABTU (06.06.2026)‎‎ALOR SETAR – Program Alor Setar Car Free Saturday (CFS) Edisi Jun 2026 bertemakan Green Heritage Day yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berlangsung meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang menyokong gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.‎‎Program tersebut diserikan lagi dengan keberangkatan hadir Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia […]

3,000 PENGUNJUNG MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI WESAK PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

AHAD (31.05.2026)‎‎KULIM – Sambutan Hari Wesak Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 yang berlangsung di Kulim, Kedah berjaya menghimpunkan lebih 3,000 pengunjung terdiri daripada penganut Buddha, wakil pertubuhan, institusi pendidikan Buddha serta masyarakat pelbagai kaum dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.‎‎Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO Negeri, Wong Chia Zhen berkata‎sambutan […]

100 ASNAF TERIMA AGIHAN DAGING KORBAN DAN WANG TUNAI BAITULMAL MAIK

SABTU (30.05.2026)‎‎PENDANG – Ibadah korban merupakan syiar Islam yang sangat besar maknanya. Ia bukan sekadar penyembelihan haiwan, bahkan melambangkan ketaatan dan pengorbanan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Melalui ibadah korban, kita dididik untuk mengikhlaskan harta, menzahirkan rasa Syukur kepada Allah S.W.T. serta berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan.‎‎Ketua […]

‎LEBIH 5,000 PESERTA MEMERIAHKAN ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY

ALOR SETAR (02.05.2026) – Lebih 5,000 peserta memeriahkan Program Alor Setar Car Free Saturday “Bandar Hijau Komuniti Sejahtera” anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff di […]

FMK 2026 MENDEKATKAN MASYARAKAT DENGAN INDUSTRI PENANAMAN MEMPELAM

ALOR SETAR (02.05.2026) – Penganjuran Fiesta Mempelam Kedah pada tahun ini telah melalui satu transformasi yang signifikan di mana lokasi program telah dipindahkan daripada Pusat Mempelam Kedah di Yan ke Ladang Harumanis D’Aman, Alor Mengkudu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, Dzowahir Ab Ghani berkata perubahan ini dibuat dengan tujuan untuk membawa para pengunjung […]

MASJID PERLU BERPERANAN SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN UMMAH YANG KOMPREHENSIF – RAJA MUDA KEDAH

ALOR SETAR (05.05.2026) – Masjid merupakan lambang kesatuan umat Islam. Justeru, keharmonian di dalam masjid hendaklah sentiasa dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab. Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah saya ingin menegaskan bahawa masjid tidak boleh sama sekali dijadikan medan perbalahan, apatah lagi tempat menyemai bibit-bibit perpecahan. “Dalam […]

TANAM 700 POKOK DALAM SEMINIT – MPKK LAKAR NAMA DALAM MBOR

KULIM (09.05.2026) – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan program Jom Tanam Pokok ‘’1 Warga MPKK 1 Pokok” sempena Jubli Perak MPKK. Program yang dihadiri oleh 480 warga kerja MPKK ini adalah satu manifestasi jelas bahawa pembangunan fizikal dan kelestarian alam bukanlah dua entiti yang terpisah, melainkan ia adalah satu simbiosis yang perlu berjalan […]

‎MEMBUDAYAKAN KEMBALI GAYA HIDUP SIHAT DI KALANGAN MASYARAKAT – NORIZAN

KULIM (25.04.2026) – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan dwi program iaitu Program Kulim Kedah Silver Ride 2026 (KKSR26) Dan Kulim Urban Community Fiesta 2026 yang berlangsung dengan meriah di Dataran Putra, Kulim dimana program ini merupakan inisiatif MPKK dengan kerjasama pelbagai agensi dalam usaha memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan komuniti serta menyemarakkan […]

KERAJAAN NEGERI LANCAR PROGRAM TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA 2026 DI 36 DUN KEDAH

SIK (23.04.2026) – Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2025 selain melancarkan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera 2026 untuk 36 Dun di kesemua 15 Parlimen di Negeri Kedah. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kita mempunyai Tabung Tengku Mahmud untuk […]