Bertindak sebagai urusetia kepada Persidangan Dewan dan menyelia Persidangan Dewan agar berjalan dengan lancar dan tidak terganggu.
Menjadi urusetia dalam pelantikan Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Memastikan segala dokumen-dokumen, kertas-kertas dewan dan Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan dalam persidangan dewan dapat diterima oleh Ahli Yang Berhormat dalam masa yang telah ditetapkan.
Memastikan Rang Undang-Undang dapat diwartakan dalam masa yang ditetapkan.
Memastikan penyata rasmi dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan dan dihantar kepada Yang Berhormat ADUN dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.