mszh-CNen

    MUHAMMAD SANUSI TERIMA SUNTIKAN COVID -19

    vaksin MB

     

    ALOR SETAR (28 FEBRUARI 2021)- Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di negeri ini yang menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. Beliau menerima suntikan tersebut kira-kira jam 5.05 petang pada Program Suntikan Covid-19 di Wisma Darul Aman di sini pada Ahad.


    Turut menerima suntikan ialah lima individu terdiri daripada Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang manakala tiga lagi individu merupakan petugas barisan hadapan.Muhammad Sanusi berkata, semua rakyat Kedah dinsihatkan agar bersedia menerima suntikan vaksin dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang dilakukan oleg segelintir golongan yang cuba menimbulkan keraguan kepada masyarakat.


    Menurutnya, rakyat seharusnya merujuk kepada pakar yang arif dalam bidang vaksin seperti doktor untuk mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan vaksin.”Saya tak rasa apa-apa kesan pening atau sebagainya sehingga sekarang selepas disuntik vaksin Covid-19.”Jadi saya nasihatkan agar rakyat Kedah bersikap positif dan bersedia untuk divaksin. Mereka berusia 18 tahun ke atas boleh mula mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.Beliau berkata, seramai 1.76 juta penduduk Kedah dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat mulai Ahad sehingga Februari 2022.”Bagi fasa pertama, Kedah menerima sebanyak 50,310 dos vaksin Covid-19 yang akan disuntik kepada 25,155 petugas barisan hadapan.”Sementera fasa kedua bermula April hingga Ogos dan fasa ketiga bermula Mei 2021 hingga Februari tahun depan. Jadual suntikan ini seperti yang diselaraskan oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.

    SUMBER : SINAR

    © 2020 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |