pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KEDAH BENARKAN IMARAH MASJID SEPANJANG RAMADHAN

    Kedah membenarkan majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur di masjid sepanjang Ramadan dengan mengikuti SOP yang ketat.
    Gambar kecil: Mohd Yusri

     

    ALOR SETAR – Kedah membenarkan majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur di masjid sepanjang Ramadan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk solat tarawih sepanjang Ramadan itu dibenar dilaksanakan di seluruh negeri ini.


    Menurutnya, solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti keseluruhan masjid dan surau dengan mematuhi protokol kesihatan serta penjarakan fizikal minimum satu meter.“Program tadarus al-Quran yang turut dilaksana sebelum ini turut dibenarkan, namun perlu mematuhi SOP yang sama.”Program qiamullail di masjid dan surau dibenarkan dengan aktiviti terhad kepada ibadah solat sunat, membaca al-Quran dan zikir saja,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Mohd Yusri berkata, bagaimanapun sebarang aktiviti tidur di masjid dan surau tidak dibenarkan sama sekali.“Ahli kariah boleh mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur di kawasan masjid serta surau dengan mematuhi penjarakan fizikal.”Jamuan hanya dibenarkan dalam bentuk bufet dan dihidangkan di ruangan khas dengan mengamalkan SOP ketat,” katanya.

     

    Menurutnya, masjid dan surau juga digalakkan menyediakan makanan siap dibungkus kepada jemaah masing-masing.”Bagi hidangan bufet, pihak masjid dan surau perlu sediakan petugas khas bagi mencedok nasi, lauk, menyediakan minuman dan sebagainya sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.Mohd Yusri berkata, aktiviti memasak juadah berbuka, moreh dan sahur di masjid dan surau dibenarkan dengan penglibatan tidak melebihi 10 petugas di lokasi penyediaan makanan pada suatu masa selain mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan penyediaan makanan.“Pihak berkuasa berhak menentukan larangan lebih ketat terhadap mana-mana masjid dan surau di kawasan zon merah dari masa ke masa bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.Dalam pada itu, beliau turut tegaskan mana-mana masjid atau surau yang melanggar dan tidak mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan.“Ini termasuk menarik balik kebenaran melaksanakan aktiviti keagamaan serta-merta di masjid terlibat,” katanya.

    SUMBER : SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT