pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    Kes Denggi di Kedah Meningkat 143.8 Peratus - Dr Othman

    81635307002_PengarahKesihatanN.jpg

     

    ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 143.8 peratus sehingga 11 Jun lepas apabila merekodkan 490 kes berbanding 201 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
     
    Pengarah Kesihatan negeri Dr Othman Warijo berkata satu kematian dicatatkan akibat denggi setakat ini manakala bilangan wabak meningkat kepada 55 kes berbanding hanya lapan bagi tempoh sama pada 2021.
     
    "...daripada jumlah wabak yang dilaporkan ini terdapat tiga 'hot spot' yang telah berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif manakala 44 wabak lagi telah tamat.
     
    "Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis telah diperiksa dan 2,887 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM1.3 juta kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan nyamuk Aedes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
     
    Sehubungan itu, Dr Othman berkata aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.
     
    "Antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan akan dijalankan untuk setiap kes tunggal atau wabak.
     
    "Bagi mengekang denggi dari terus merebak, masyarakat perlu membersihkan kawasan persekitaran dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, menggunakan semburan aerosol, menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik, menggunakan repelan serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit sendi teruk dan ruam," katanya.
     
     
    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT