pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal

    61652677338_TBREEZALMERICANjpg.jpg

     

    KUALA LUMPUR: Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan pada Rabu secara rasminya.
     
    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata jumlah itu terdiri daripada 109 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai (164 mangsa), Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah (78 mangsa) dan Surau An Nur Taman Mesra (257 mangsa).
     
    "Bagi memastikan mangsa dapat pulang ke kediaman mereka pada kadar segera, saya telah mengarahkan pasukan bomba bersama PBS (Pasukan Bomba Sukarela) untuk mula melaksanakan operasi pembersihan jalan dan kawasan rumah penduduk terjejas," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya.
     
    Menurutnya, beliau akan memastikan pengurusan pasca banjir yang digerakkan oleh agensi-agensi di bawah kementeriannya akan dilakukan secara bersepadu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan.
     
    Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang peka dengan situasi mangsa menerusi pengumuman Bantuan Segera Untuk Mangsa Banjir Baling biarpun sedang dalam lawatan rasmi ke Turkiye.
     
    "Saya mewakili #KeluargaMalaysia mengucapkan terima kasih kepada komitmen anggota penyelamat khususnya pasukan bomba dan agensi berkaitan terdiri daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia), RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia), SAPURA, PBS, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan badan sukarela," katanya.
    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT