pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    LEBIH 20,000 BANJIRI DATARAN MEDAN BANDAR

    SULTAN Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff melihat perarakan kontinjen pada sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar, Masjid Zahir. FOTO Luqman Hakim Zubir

     

    ALOR SETAR (31 OGOS 2022) : Kira-kira 20,000 pengunjung dari seluruh pelusuk negeri ini membanjiri Dataran Medan Bandar di sini, bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 hari ini.

    Walaupun keadaan cuaca panas, pengunjung yang datang seawal jam 7 pagi tidak berganjak bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan selepas dua tahun sambutan Hari Kebangsaan tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19.

    Istiadat itu terdiri daripada 6,000 peserta membabitkan 115 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

    Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat kira-kira jam 9 pagi diriingi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

    Sebaik berangkat, Sultan Sallehuddin turut berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra.

    Turut berangkat, Tunku Mahkota Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin AriffSultan Sallehuddin, Tunku Bendahara Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

    Perbarisan dan perarakan disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan berpakaian seragam, universiti dan sekolah antaranya barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah.

    Selain itu, perbarisan turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

    Perbarisan turut diserikan dengan persembahan hiburan, pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) dan nyanyian koir Majlis Perbadanan Kulim (MPKK).

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT