pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KERAJAAN KAJI CADANGAN BINA PELABUHAN DI SANGLANG

    YAN (1 SEPTEMBER 2022) : Kerajaan sedia mengkaji cadangan membina sebuah pelabuhan agregat di kawasan Sanglang, Kubang Pasu bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal sebagai tambah nilai kepada ekonomi Kedah.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek itu juga akan mewujudkan laluan penghubung jambatan darat atau land bridge antara selatan Thailand dan Malaysia.

    “Sekiranya menjadi realiti, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi Kedah termasuk meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan juga wilayah utara amnya,” kata beliau ketika berucap merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, di sini, hari ini.

    Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

    Terdahulu Muhammad Sanusi dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menerima cadangan Kumpulan Albukhary bagi memajukan sebuah lagi Pelabuhan Laut Dalam di Sanglang, Kubang Pasu yang bersempadan dengan Perlis.

    Beliau berkata, cadangan ini adalah amat strategik dan bakal menjadi projek ikonik yang akan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

    “Bagi pihak kerajaan negeri, kami amat mengharapkan sokongan dan kerjasama penuh Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan cadangan ini sepenuhnya,” katanya.

    Muhammad Sanusi berkata, melihat prospek dan potensi perkembangan yang akan berlaku di Kedah, khususnya di Pulau Bunting dan cadangan Pelabuhan Laut Dalam di Sanglang, kerajaan negeri memohon perhatian khusus daripada Perdana Menteri untuk Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Lembaga Pelabuhan Kedah (Kedah Port Authority) sebagai pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab ke atas operasi pelabuhan-pelabuhan di negeri ini.

    “Dalam menangani kemasukan bertali arus pelabur ke negeri ini, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa kepentingan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat tidak akan dikompromi.

    “Selain itu, pembangunan tidak akan mengganggu gugat tanah bendang di daerah ini, saya berjanji akan memastikan keseimbangan ini sentiasa dijaga,” katanya.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT