mszh-CNen

    PAKAIAN ETNIK SERIKAN BULAN KEBANGSAAN

    Warga SK Dato’ Wan Kemara menggayakan pakaian pelbagai etnik di Malaysia di Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah.

     

    KUBANG PASU (14 SEPTEMBER 2022) : Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun di sini mencipta sejarah tersendiri apabila seluruh warga sekolah termasuk guru-guru memakai baju mengikut etnik dan masyarakat zaman dahulu sempena Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah pada Rabu.

    Guru Besar, Mohd Nizam Saidin berkata, sambutan tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya yang terbatas akibat pandemik Covid-19.

    Katanya, kerjasama yang diberikan oleh waris juga sangat membanggakan apabila pelajar tampil dengan pakaian masing- masing mengikut tema seperti pahlawan Melayu, ulama terkenal zaman penjajah, dan uniform keselamatan negara.

    Menurutnya, selain murid-murid, guru sekolah juga tidak terlepas menggayakan pakaian masing-masing. “Kita menggalakkan guru-guru berpakaian mengikut tema untuk dijadikan contoh kepada murid-murid supaya mereka juga terasa kemeriahan sambutan Kemerdekaan tahun ini,” ujar beliau.

    Mohd Nizam berkata, melihat kerjasama daripada ibu bapa, pihak sekolah bercadang untuk melibatkan waris dalam sambutan bulan kebangsaan pada tahun hadapan.

    “Jadi ibu bapa pun boleh turut serta dalam pakaian beragam ini bersama anak mereka,” katanya yang turut mengadakan pertandingan pakaian beragam yang disertai 246 murid dari Tahun Satu hingga Enam.

    Sementara itu, murid Tahun Empat, Nurul Aisyah Zulzuraidi, 10, berkata, pakaian digayakan pada sambutan itu dipilih sendiri olehnya. “Baju ini diberi nama Lehnga dan saya beli di sebuah kedai pakaian India di Pauh, Perlis lengkap dengan semua aksesori lain.

    “Saya memang minat Hindustan, sebab itu saya pilih tema ini, ibu saya keluarkan belanja keseluruhan kira-kira RM200 untuk kos pakaian saya pada hari ini,” katanya. Nurul Aisyah berkata, sambutan pada tahun ini sangat meriah kerana dapat melihat ramai kawan-kawan menggayakan pelbagai jenis pakaian.

    “Lagipun sudah dua tahun tidak sambut hari kebangsaan, jadi tahun ini rasa sangat gembira dengan pelbagai aktiviti yang sekolah anjurkan,” katanya.

    Sumber : Sinar Harian

    © 2022 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |