pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    PERJALANAN FERI KE LANGKAWI DITAMBAH MULAI ISNIN

     

    Jadual perjalanan ke Langkawi akan ditambah bermula Isnin. Gambar kecil: Baharin.

     

    ALOR SETAR (4 JANUARI 2023) : Kerja-kerja pengerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang Kuala Kedah ke Pulau Langkawi siap sepenuhnya pada Disember lalu.

    Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, berikutan itu pihaknya kini telah menambah kekerapan perjalanan feri bagi laluan tersebut.

    Menurutnya, jadual pelayaran laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan sebaliknya akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 7 petang setiap hari bermula Isnin, 9 Januari ini.

    “Bagaimanapun, jadual pelayaran itu akan berubah sekiranya paras air laut mencecah satu meter dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

    Baharin berkata, pihak konsortium juga akan menambah perjalanan feri mengikut keperluan dan permintaan terutama pada hari kelepasan am atau cuti persekolahan.

    “Jadual pelayaran laluan melibatkan lima perjalanan bagi setiap arah. Bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah masa pelayaran adalah 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang,” katanya.

    Sementara bagi laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi pula adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang.

    Sumber : Sinar Harian

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT