pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    ELAK LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA KETIKA CUACA PANAS

     

    ALOR SETAR (5 JANUARI 2023) : Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka bagi mengelakkan kebakaran sewaktu perubahan fasa kedua Monsun Timur Laut (MTL), ketika ini.

    Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, ini berikutan keadaan cuaca pada ketika ini sudah menunjukkan ciri-ciri musim panas dijangka melanda yang boleh menyebabkan cuaca kering.

    Beliau berkata, setakat ini, empat stesen di tiga daerah di negeri ini mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut sehingga kelmarin.

    “Stesen Meteorologi Pulau Langkawi merekodkan 15 hari tanpa hujan diikuti dua stesen di Sik iaitu Stesen Pertanian Batu Seketul dan Empangan Muda, masing-masing 13 hari tanpa hujan.

    “Selain itu, Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Alor Setar pula menunjukkan sudah 12 hari tidak hujan,” katanya ketika ketika dihubungi hari ini.

    Muhammad Khalil berkata, dijangkakan musim panas ini akan berterusan sehingga Mac dan apabila masuk bulan April, musim peralihan monsun pula akan menyebabkan lebih banyak hujan.

    Beliau berkata, apabila kurangnya hujan, ia bermakna secara automatik suhu akan meningkat menjadi panas.

    “Ia boleh menyebabkan berlakunya lebih banyak kebakaran atau jerebu, dan orang ramai dinasihatkan jangan lakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan berlaku banyak kebakaran ketika cuaca panas.

    “Minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan terdedah dengan cuaca panas yang boleh mengundang strok haba,” katanya.

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT