pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    SYUKUR, RUMAH MANGSA BANJIR PUING DI BALING HAMPIR SIAP

     

    BALING (22 MAC 2023) : Kehadiran Ramadan kali ini memberi 1,000 makna buat mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir puing yang melanda Kampung Iboi di sini, tahun lalu, apabila rumah mereka kini hampir siap dibina.

    Penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur, malah ada yang tidak sabar lagi untuk mendiami rumah baharu itu selepas terpaksa tinggal di rumah sewa sejak sembilan bulan lalu.

    Bagi ibu tunggal, Maznah Awang, 74, dia tidak mampu menggambarkan perasaannya kerana terlalu gembira melihat rumah baharunya bakal siap tidak lama lagi.

    “Selain rumah saya, kediaman lima anak saya turut dihanyutkan banjir puing, sekarang kami semua tinggal di rumah sewa di kawasan agak jauh dari Kampung Iboi.

    “Sekiranya hendak beli tanah dan bina rumah baharu, kami memang tak mampu, anak cuma bekerja menoreh getah dan mengambil upah melakukan kerja kampung.

    “Saya rasa lebih tenang sekarang, sebelum ini rumah yang dihanyutkan banjir puing tidak secantik rumah baharu kami, kami memang hidup dalam serba kekurangan, saya harap kami dapat berpindah ke rumah baharu secepat mungkin,” katanya ditemui.

    Pembinaan 12 rumah mangsa banjir di Desa KEDA Kampung Sadek di sini, yang dijanjikan kerajaan negeri kini hampir siap selepas berlaku kelewatan dalam jadual pembinaannya.

    Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan, rumah baharu untuk mangsa banjir puing itu dijangka siap Disember tahun lalu, namun berlaku kelewatan menyebabkan penduduk terpaksa terus menyewa.

    Seorang lagi penduduk, Ahmad Lateh, 73, berkata, dia bersyukur melihat perkembangan rumah baharu itu selepas menanti dengan penuh sabar.

    “Dapat tinggal di rumah sendiri ini perasaannya lain daripada tinggal di rumah sewa, sekarang ini walaupun tak sempat berpindah sebelum puasa, kami harap dapat masuk selepas Aidilfitri.

    “Semoga tiada lagi halangan selepas ini, saya akan dapat kembali berjiran dengan saudara mara yang turut kehilangan rumah dalam banjir puing sebelum ini,” katanya yang juga pesara tentera tidak berpencen.

    Kejadian banjir puing pada 4 Julai lalu menyebabkan 41 kawasan di Baling terjejas.

    Kejadian turut mengorbankan tiga nyawa, termasuk wanita hamil, serta mengakibatkan kerugian berjumlah RM28 juta.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT