pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    LEBIH 25 RUMAH TERJEJAS RIBUT DI KEDAH

     

     

    YAN (27 MAC 2023) : Lebih 25 rumah terjejas di Yan dan Pokok Sena susulan ribut dan hujan lebat, petang tadi. Kejadian berlaku di Kampung Tualang Bukit Besar di Yan dan Mukim Tualang, Pokok Sena, dengan bumbung diterbangkan angin, selain mengalami kerosakan lain.

    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, pemantauan pihaknya mendapati 25 rumah di Kampung Tualang Bukit Besar rosak kebanyakannya di bumbung.

    “Penduduk dinasihati supaya lebih berwaspada sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut.

    “Anggota kami masih lagi melakukan pemantauan untuk mendapatkan jumlah sebenar rumah yang terjejas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Sementara itu, ribut berlaku di Pokok Sena mulai 4.50 petang yang menjejaskan beberapa rumah rumah di Kampung Nawa dan Kampung Kuan Buang dalam Mukim Tualang.

    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar/Pokok Sena, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat dan membantu penduduk kampung yang memerlukan.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT