pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    RIBUT RANAPKAN KHEMAH PENIAGA KARNIVAL RAYA PADANG SERAI

     

     

     

    KULIM (28 MAC 2023) : Sebahagian besar peniaga Karnival Raya Padang Serai, di sini, terpaksa menanggung kerugian apabila khemah perniagaan mereka rosak dipukul ribut, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang ketika kesemua peniaga sedang menjalankan perniagaan masing-masing. Peniaga, Abdul Halim Hashim, 50, berkata, dia yang baharu tiba di lokasi sejurus kejadian berlaku terkejut melihat khemah peniaga berselerak.

    Katanya, paling terkesan adalah peniaga pakaian kerana banyak baju yang basah akibat hujan lebat. “Terdapat lebih 70 peniaga yang berniaga di karnival ini dan kebanyakan mereka terpaksa menanggung rugi kerana semua barangan rosak. “Gerai menjual minuman dan makanan pula rosak akibat hujan lebat serta berselerak.

    “Walaupun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan tetapi kasihan juga pada semua peniaga akibat kejadian ini yang berlaku secara tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Abdul Halim berkata, karnival itu berlangsung sejak awal Ramadan lalu sehingga Aidilfitri ini.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT