pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    PESAWAH TERKESAN DENGAN KENAIKAN HARGA DIESEL

     

    ALOR SETAR (12 JUN 2024) – Penyelarasan bersasar subsidi minyak diesel dilihat kurang meyakinkan dimana ianya tidak sebetul-betulnya disasarkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata laporan berkenaan kenaikan minyak diesel sangat memberi tekanan terutamanya kepada pesawah memandangkan negeri Kedah merupakan negeri pengeluar padi dan beras negara.

    “Jentera membajak dan menuai tidak termasuk di dalam pemberian persasaran subsidi minyak diesel yang dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan yang mengheret perkara ini berkenaan kenaikan kos kepada pesawah.

    “Sebelum ini kos sewaan, operasi dan bahan untuk sekali tanaman padi hanya RM1,509.00 berbanding sekarang selepas kenaikan harga diesel meningkat kepada RM1,797.00 untuk satu relong (0.287 hektar) sahaja iaitu kenaikan sebanyak RM228.00.

    “Anggaran pendapatan purata pesawah sebelum ini hanya RM2,625.00. Selepas ini untung serelong bendang hanya RM888.00 berbanding sebelum ini RM1,116.00 untuk tempoh enam bulan (semusim) kesan daripada kenaikan harga diesel dan tidak diberi subsidi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 2 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

    Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, Dzowahir Ab Ghani dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anuar Syed Abidin.

    Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata tindakan pemberian subsidi diesel bersasar serta kenaikan harga diesel ini tidak diperincikan dengan teliti kerana memberi kesan negatif kepada pesawah memandangkan sektor sawah padi ini mempunyai kumpulan individu yang miskin.

    “Jika kumpulan paling miskin ini tidak diambil kira atau diperincikan, dimana yang dikatakan usaha kerajaan untuk menolong orang susah kerana golongan ini tidak termasuk di dalam kumpulan penerima subsidi itu.

    “Bagi saya tindakan ini terlalu gopoh memandangkan tiada siapa yang dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat berkenaan situasi ini dan tindakan untuk membuat sesuatu dasar baru haruslah berupaya untuk memberi justifikasi atau penjelasan yang meyakinkan,” ujarnya.

    Sumber : Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT