pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KEDAH PEROLEH 1.6 BILION PELABURAN PROJEK DI BUKIT SELAMBAU

     

     

    Mukhriz (empat dari kiri) bersalaman dengan Yeuhua (lima dari kiri) bersempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman dan Kerjasama Pelaburan di kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

     

     

    ALOR SETAR 23 JANUARI  - Kedah memperoleh pelaburan bernilai kira-kira RM1.6 bilion bagi projek di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, setakat ini, fasiliti di kawasan terbabit berada pada peringkat fasa pembinaan kira-kira 80 peratus dan dijangka siap tidak lama lagi.Menurutnya, projek tersebut akan mengukuhkan lagi kedudukan Kedah dalam pembangunan industri kertas berteknologi hijau, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih 600 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada penduduk setempat.

     

    "Terdapat tiga bidang pelaburan dalam projek di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau antara Zhejiang Element Holding Co Ltd dengan Invest Kedah Berhad itu."Antaranya pembangunan kilang pembuatan lantai kayu dengan pelaburan RM150 juta melibatkan anak syarikat Zhejiang Element Holding Co Ltd, iaitu Yunhua Timber Company Limited," katanya.

     

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman dan Kerjasama Pelaburan di kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani di Wisma Darul Aman di sini hari ini.Beliau berkata, bahagian kedua membabitkan pembangunan fasiliti pemprosesan kertas berteknologi hijau dengan kapisiti 1.3 tan secara tiga fasa dengan pelaburan RM1.6 bilion.Katanya, bagi fasa pertama, pengeluaran papan lapisan kraf berkapasiti 400,000 tan manakala pengeluaran papan lapisan kraf berkapasiti 300,000 tan dan pulpa kayu berkapisiti 300,000 tan (fasa kedua) dan kertas khas berkapasiti 300,000 tan (fasa ketiga)."Projek ini membuka ruang dan peluang bagi pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan dalam pembiakan, penanaman dan pemprosesan 'eucalyptus' sekali gus membina rantaian industri ekologi baharu di Kedah.

     

    Dalam pada itu, katanya, Kedah menerima pelaburan bernilai RM7.804 bilion dalam tempoh kajian dari Januari hingga September 2019 berdasarkan Laporan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)."Sehubungan itu, Kedah berada di kedudukan ketiga dari segi pelaburan tertinggi dalam negara selepas Pulau Pinang dan Selangor," katanya.Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian oleh Pengurus Besar Kanan Invest Kedah Berhad manakala Zhejiang Element Holdings Co Ltd diwakili Presidennya, Jin Yeuhua.

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT