pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    AMIL DILARANG KUTIP ZAKAT FITRAH DALAM MASJID : LZNK

    Seorang penduduk membuat bayaran zakat fitrah di kaunter pandu lalu Menara Zakat Alor Setar di sini hari ini.

     

    ALOR SETAR 29 APRIL - [DIKEMASKINI] Amil dilarang membuat kutipan zakat fitrah dalam masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini.Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman berkata, amil diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihaknya bagi pungutan zakat fitrah dan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).Katanya, garis paduan itu berdasarkan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR) yang diadaptasi mengikut kesesuaian operasi di negeri ini.

    "Mana-mana amil tidak dibenarkan membuat kutipan dalam masjid seperti ditetapkan JAIK, malah mereka turut dilarang membuka kaunter di tempat awam seperti pasar raya yang boleh menyebabkan orang ramai berhimpun."Bagaimanapun operasi kutipan boleh dilakukan di pekarangan masjid kariah masing-masing dalam tempoh ditetapkan iaitu bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari sahaja," katanya pada sidang akhbar di Menara Zakat Alor Setar di sini hari ini.Katanya, ketua amil hendaklah berbincang dengan amil di bawah seliaan mereka untuk melaksanakan kaedah terbaik untuk membuat kutipan tanpa melibatkan perhimpunan dan menjaga penjarakan sosial.

    "Orang ramai digalakkan membuat pembayaran zakat fitrah secara pandu lalu manakala ketua amil diminta memastikan hanya dua amil bertugas dalam satu-satu masa di perkarangan masjid," katanya.Katanya, amil tidak dibenarkan berjabat tangan ketika menerima zakat fitrah, selain dikehendaki mengambil langkah pencegahan dengan memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman.Katanya, operasi kutipan zakat fitrah melalui amil di setiap kariah akan dilakukan mulai 3 Mei depan.

    Menurutnya, pihaknya turut membuka kaunter pandu lalu di Menara Zakat Alor Setar bermula semalam manakala operasi kaunter di semua Pejabat Zakat Daerah akan dibuka pada 10 Mei depan mulai jam 9 pagi hingga 1 petang untuk operasi kutipan zakat fitrah."Namun, pihak LZNK lebih menggalakkan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai keluar rumah sepanjang tempoh PKP," katanya.Zakaria berkata, umat Islam boleh membayar zakat mengikut empat kadar ditetapkan iaitu RM5, RM7, RM14 dan RM21 mengikut kemampuan masing-masing.Dalam perkembangan sama katanya, amil turut dilarang menggunakan kupon selain kupon zakat fitrah rasmi yang dikeluarkan oleh LZNK.

    SUMBER :SINAR 
    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT