Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim
ALOR SETAR 3 MEI - Kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini disarankan untuk bekerja dari rumah ataupun 'work from home' dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, bagaimanapun mereka perlu bersedia sekiranya diarahkan ketua pejabat untuk hadir ke pejabat dalam tempoh bekerja.
Beliau berkata, jabatan kerajaan yang ingin mengadakan mesyuarat penting diminta mengamalkan penjarakan sosial ataupun menggunakan kaedah konferen video."Seperti biasa, kita menyambut Hari Pekerja hari ini bagi mengiktiraf kakitangan perkhidmatan awam yang selama ini memberi sumbangan dalam membangunkan negeri dan negara.
"Namun, sambutan kali ini tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelumnya susulan negara sedang berperang dan penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu perutusan khas sempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2020 hari ini.Menurutnya, penyebaran Covid-19 terbabit mengakibatkan kebanyakan operasi perkhidmatan kerajaan ditangguhkan.Katanya, mereka juga diharapkan menjaga kesihatan diri masing-masing dan mengamalkan penjarakan sosial, sekali gus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
SUMBER : SINAR