pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    MUHAMMAD SANUSI PEMIMPIN MESRA,MUDAH DIDEKATI

    Muhammad Sanusi menunjukkan tanda 'bagus' kepada para petugas media ketika hadir pada Istiadat Pelantikan
    dan Angkat Sumpah sebagai Menteri Besar Kedah. -Foto Bernama

     

    ALOR SETAR 18 MEI - Personaliti bersahaja dan mesra yang dimiliki Muhammad Sanusi Md Nor menjadikan pemimpin politik berusia 46 tahun itu mudah didekati dan diajak berbicara.Pun begitu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeneri itu mampu bersikap lantang dalam menyuarakan pandangannya terutama ketika menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah.

    Dilahirkan pada 4 Ogos 1974, Muhammad Sanusi mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah antara 1981 hingga 1993 termasuk Sekolah Kebangsaan Batu 5, Sik; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani; SMK Sik, Sik dan SMK Derma, Kangar sebelum melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 1998 dan memegang beberapa jawatan lain sehinggalah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah ke-10, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada tahun 2008 hingga 2013.

    Karier politiknya pula bermula pada 1998 apabila dilantik sebagai Exco Pemuda Pas Pulau Pinang dan pernah memegang pelbagai jawatan lain dalam Pas di peringkat negeri dan pusat antaranya Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ketua Penerangan Pas Kedah dan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat.Ketika ini, Muhammad Sanusi adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah sejak 2015, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat dan Pengerusi PasRelief.

    Muhammad Sanusi mula bertanding dalam pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) bagi kerusi DUN Belantik, namun tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mohd Tajudin Abdullah dengan majoriti 252 undi.Pada PRU14, beliau bertanding di kerusi DUN Jeneri dan berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.Beliau yang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak berusia antara enam hingga 20 tahun juga banyak menjalankan kegiatan kebajikan di peringkat antarabangsa antaranya mengetuai delegasi misi bantuan kemanusian Pas ke Myanmar, Bangladesh, Jordan, Lebonan dan Yaman.

    SUMBER : BERNAMA

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT