pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    PERHOTELAN LANGKAWI DIJANGKA PULIH 10 -15 PERATUS

    Mohd Firdaus Ahmad

     

    ALOR SETAR 10 JUN - Sektor perhotelan di Langkawi dijangka kembali pulih dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas aktiviti merentas negeri dan melancong dibenarkan bermula esok.Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan akan berlaku peningkatan tempahan hotel di pulau legenda itu sekitar 10 hingga 15 peratus dalam masa terdekat.

    Menurutnya, maklumat tular mendakwa sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam daripada pelancong domestik dianggap tidak tepat.“Tiada tempahan langsung ketika Covid-19 sejak Mac, kadar kekosongan hotel di Kedah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah 62 peratus, semasa PKP merudum sehingga kosong peratus.

    "Tempahan dijangka meningkat beberapa bulan akan datang sekitar 10 hingga 15 peratus selepas sektor pelancongan dibuka semula,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.Mohd Firdaus berkata, pihaknya tiada indikator yang membolehkan data seumpama diperoleh dalam masa singkat, dianggarkan tempahan mungkin bawah 500, susulan kebanyakan hotel belum bersedia sepenuhnya dan masih lakukan persiapan.“Kita terpaksa bermula dari kosong, sebelum ini anggaran pelancong ke Langkawi sekitar 3.7 juta, jumlah itu akan merosot disebabkan Covid-19. Kalau kita dapat tingkatkan peratusan secara perlahan pun sudah bagus dengan anggaran cecah 1.5 juta sehingga hujung tahun ini,” katanya.

    Menurutnya, bagi merancakkan semula sektor pelancongan Kedah khususnya Langkawi, pihaknya bakal merangka kembali ‘blueprint’ norma baharu pelancongan Kedah menggunakan pendekatan menarik.“Kita akan tubuhkan jawatankuasa khas melibatkan pemain industri pelancongan untuk beri idea dan pandangan, termasuk dari agensi pelancongan. Ia diterajui Kedah Tourism dengan kolaborasi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) serta agensi berkaitan. Semua pelancongan kini bawah satu bumbung untuk mudahkan penyelarasan,” katanya.Mohd Firdaus berkata, terdapat 242 hotel di Langkawi berdaftar bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

    “Kita sarankan hotel tawarkan pakej menarik, kalau kekalkan harga mahal, sukar capai sasaran kerana ekonomi belum pulih sepenuhnya. Perlu ada situasi menang-menang antara semua pihak terlibat. Ini kerana unjuran kerugian sektor pelancongan dalam negara akibat Covid-19 adalah RM3.37 bilion, dan dijangka cecah RM51 bilion tahun ini,” katanya.Menurutnya, perkhidmatan feri ke Langkawi masih kekal dengan dua perjalanan setakat ini bagi menampung keperluan pelancong.

    ”Jabatan Laut maklumkan ada permohonan untuk menambah kekerapan feri dengan permintaan tiada penjarakan sosial tempat duduk, namun perkara itu masih dibincangkan,” katanya.Tambahnya, buat masa ini, hanya hotel, resort dan kafe dibuka kepada awam manakala kolam renang hotel, Langkawi Cable Car, taman tema, pusat karaoke serta pusat refleksologi masih ditutup.“Saya akan kemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meneliti pembukaan beberapa lagi sektor pelancongan seperti aktiviti sukan air dan outdoor yang popular di sini,” katanya.

    SUMBER : SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT