PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH
Yang Berhormat , dilahirkan pada 4 Febuari 1972 di Baling, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera Baling, Kedah dan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah pada tahun 1985 – 1987 dan Kolej Islam Kelang pada tahun 1988-1989. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons.) pada tahun 1991-1995 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Bagi melengkapkan kehidupannya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hidupnya iaitu Puan Khazlin bt Md Saad pada tahun 1996 dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Yang Berhormat Saifulrijal Bin Azhari telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1996 dan memulakan kerjaya pertamanya dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Georgetown Pulau Pinang dan Majistret di Kuala Lumpur. Di antara jawatan-jawatan yang telah disandang oleh beliau kemudiannya adalah sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Pengangkutan Jalan, Peguam Kanan Persekutuan yang mengendalikan perkara ICT, Perkara Wilayah, Undang-Undang Laut Antarabangsa, Penerbangan Awam, Iklim dan sebagai Penasihat Undang-Undang di pelbagai Kementerian seperti Kementerian Pengangkutan Jalan, Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Dalam Negeri. Mulai 18 Disember 2024 beliau menggalas tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.
Sek Keb Tunku Putera Baling
Sek Men Agama Kedah
Kolej Islam Kelang
Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang, (LLB. Hons)
Yang Berhormat Saifulrijal Bin Azhari telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1996 dan memulakan kerjaya pertamanya dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Georgetown Pulau Pinang dan Majistret di Kuala Lumpur
Send an email and you will receive our newsletters.
© 2025 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.